5 Amalan Doa Pelengkap Hari Anda
#1- Bacaan Supaya Kehidupan Seharian Dilindungi Oleh Allah
بِسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
(Dengan nama Allah, dengan namaNya tidak ada sesuatu yang dapat mendatangkan mudharat di langit dan di bumi, dan Dia lah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui)
Sesiapa sahaja yang membaca doa ini pada waktu pagi dan petang, tidak ada sesuatu pun perkara di langit dan di bumi yang dapat memudharatkannya.
#2- Bacaan Supaya Apa Yang Dimakan Berkhasiat Untuk Badan Dan Diberkati
Rasulullah SAW mengajarkan bacaan yang sangat ringkas sebelum makan. Ia hanyalah bacaan,
“Bismillah”
Dan jika anda terlupa dan terus makan, anda boleh membaca semula,
“Bismillahi awwalahu wa aakhirahu”
#3- Bacaan Untuk Mengelakkan Sikap Lemah, Malas Serta Berputus Asa
Al-Quran memberitahu kita bahawa syaitan mempunyai pelbagai helah untuk menjadikan kita seorang manusia yang tidak berkualiti, serta tidak berguna.
Allah mengajar kita agar sentiasa biasa membaca ayat di bawah bagi mengelak diganggu oleh syaitan.
أعوذُ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ ٱلرَّجِيمِ
(A’udzu billahi minassyaithonirrajim)
#4- Bacaan Supaya Permintaan Mudah Dikabulkan
“Astagfirullahal ‘adzim”
Selain daripada meminta doa yang khusus tentang apa yang diinginkan dalam hidup, kita juga sangat disarankan supaya mengucapkan kalimah ini setiap masa.
Dalam sebuah kisah, Imam Ahmad bertemu seorang pembuat roti – dia menceritakan bahawa rahsia bagaimana dia mendapat setiap apa yang diinginkan ialah dengan selalu mengucapkan kalimah ‘istighfar’, termasuklah akhirnya dia dapat berjumpa dengan Imam Ahmad bin Hanbal tanpa disangka-sangka.
#5- Doa Supaya Mati Dalam Fitrah Yang Suci
“Allahumma aslamtu nafsii ilaik, wa fawwadh-tu amrii ilaik, wa wajjahtu wajhiya ilaik, wa alja’tu zhohrii ilaik, rogh-batan wa rohbatan ilaik, laa malja-a wa laa manjaa minka illa ilaik. Aamantu bikitaabikalladzi anzalta wa bi nabiyyikalladzi arsalta”
“Ya Allah, aku menyerahkan diriku kepadaMu, aku menyerahkan urusanku kepadaMu, aku menghadapkan wajahku kepadaMu, aku menyandarkan badanku kepadaMu, karena senang (mendapatkan rahmatMu) dan takut pada (seksaanMu, bila melakukan kesalahan). Tidak ada tempat perlindungan dan penyelamatan dari (ancaman)Mu, kecuali kepadaMu.
Aku beriman pada kitab yang telah Engkau turunkan, dan (kebenaran) NabiMu yang telah Engkau utus.” Apabila Engkau meninggal dunia (di waktu tidur), maka kamu akan meninggal dunia dengan memegang fitrah (agama Islam): HR. Tirmidzi no. 3404. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa hadis ini adalah hadis yang hasan
No comments: