12 Model Profesional Rebut Gelaran Miss Pink Lady Asia Musim 2
Seramai 12 model profesional dari seluruh Asia mengambil bahagian dalam program realiti pencarian model Miss Pink Lady Asia musim kedua (MPLA 2).
Antara peserta yang mengambil bahagian terdiri dari negara Thailand, Myammar, India, Korea, Filipina, Singapura, Indonesia, Hong Kong serta Malaysia.
Model dan pelakon popular, Haneesya Hanee bersama dua lagi peserta iaitu Adeline Lim dan Elysha Arnold akan mewakili Malaysia bagi merebut gelaran MPLA 2.
Menurut Haneesya atau nama sebenarnya, Sharifah Haneesya Sayed Sahalan, 19, penyertaan dalam MPLA 2 merupakan satu platform yang bagus untuk dia lebih menyerlah di dalam modelling serta menimba pengalaman baharu bersama peserta dari luar negara.
“Pada mulanya saya rasa agak berat untuk masuk memandangkan formatnya hampir sama dengan program realiti yang pernah saya masuk sebelum ini.
“Semua orang tahu saya memulakan karier sebagai model. Tidak mengenepikan minat dalam bidang lakonan, namun sebenarnya minat saya lebih terarah kepada bidang modelling. MPLA ini lebih mencabar sebab yang bersaing ini juga merupakan model profesional yang pastinya sudah tahu selok belok bidang ini dengan baik,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran Miss Pink Lady Asia musim kedua yang berlangsung di Forest Valley Hall, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pemenang MPL A 2 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, dan tempat kedua sebanyak RM8,000 manakala RM5,000 untuk tempat ketiga.
MPL A 2 bakal disiarkan sebanyak 13 episod di saluran penstriman Youtube @pinklady.tv bermula 4 Januari 2020 pada setiap Sabtu, jam 10 malam. – KopiPlanet.com
The post 12 Model Profesional Rebut Gelaran Miss Pink Lady Asia Musim 2 appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: