(Video)Gas Dapur Meletup, Lebih 10 Orang Maut Dalam Tragedi Keretapi Terbakar
Sebuah keretapi dilaporkan telah terbakar dan mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang dan mengakibatkan berbelas orang cedera di Pakistan sebentar tadi. Difahamkan kebakaran itu berpunca daripada tindakan seorang individu yang menggunakan dapur keretapi untuk membuat sarapan pagi.
Malangnya gas yang berada di dalam dapur tersebut tiba-tiba meletup dan mengakibatkan kebakaran. Orang ramai berpusu-pusu dan cuba melompat keluar untuk menyelamatkan diri.
Menurut Ketua Perkhidmatan Daerah Punjab, Rahim Yar Khan, kebakaran tersebut memusnahkan tiga gerabak dan sebahagian yang terbunuh dalam insiden itu adalah mereka yang cuba melompat keluar dari kereta api
#Pakistan: 10 people killed, 13 injured in fire in Karachi-Rawalpindi Tezgam express train in Liaqatpur near Rahim Yar Khan pic.twitter.com/EYc69lu8pQ
— Logical News® (@TheLogicalNews) October 31, 2019
Sumber: Reuters
No comments: