(Video) Serpihan Berterabur Di Mana-Mana, Keadaan Bandar Di USA Selepas Dibadai Taufan Dorian
Pulau Abaco, Bahamas- Sehingga malam tadi waktu tempatan, Taufan Dorian telah mengorbankan tujuh nyawa di sini, kata Perdana Menteri negara itu, Hubert Minnis, semalam.
Gambar dari pandangan atas menunjukkan serpihan bangunan yang runtuh akibat dibadai taufan kategori lima dengan kelajuan mencecah 251 km/j.
Kemusnahan akibat Dorian membuatkan sukar untuk membezakan samada kawasan tersebut merupakan lokasi perumahan ataupun industri berikutan kewujudan kontena yang wujud di antara runtuhan rumah.
Menurut wartawan CNN, seorang lelaki yang diselamatkan memberitahu bahawa dia melihat isterinya lemas di hadapan mata.
Sementara itu, seorang mangsa lain berkata dia menemui saudaranya bergayut pada pokok manakala iparnya dilihat kali terakhir berpaut pada secebis kadbod.
Ada antara mangsa yang terpaksa bergayut pada bumbung rumah dan terperangkap di dalam loteng sementara menunggu bantuan tiba.
Ahad lalu, taufan tersebut membadai Pulau Abaco dengan kelajuan mencecah 251 km/j selama 30 jam hingga mengakibatkan kerosakan teruk pada kawasan terlibat.
Salah seorang penduduk di sana, Harold Williams berkata, anaknya menaiki Jet Ski sebelum tiba-tiba mendengar orang meminta pertolongan.
“Saya rasa saya tak pernah tengok kejadian ini seumur hidup kami. Kemusnahan total,” kata penduduk tempatan, Harold Williams.
Beberapa kawasan di Bahamas dijangka ditimpa hujan setelah taufan tersebut beransur ke barat laut negara berkenaan.
Taufan ini dijangka bakal melanda persisiran timur Florida diikuti Carolina pada minggu hadapan.
This aerial footage of the Bahamas shows the destruction from Hurricane Dorian on Great Abaco Island https://t.co/cXTX7wtDhu pic.twitter.com/nSW8KZrzhw
— CNN (@CNN) September 4, 2019
Sumber: CNN
No comments: