(Video) Satu Keluarga Dapat Hidayah Peluk Islam, Detik Indah Dirakam Sayu
Siapa pernah menyangka, hidayah daripada Allah akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Beruntunglah golongan-golongan yang menerima hidayah terutamanya bagi orang yang baru sahaja memeluk Islam. Perkara ini kerana seseorang itu seperti mendapat kehidupan baru yang pastinya lebih baik dari sebelumnya.
Menerusi beberapa ciapan melalui akaun Tweet Islamik di laman Twitter, terdapat perkongsian mengenai kisah sebuah keluarga yang memeluk Islam.
Comelnyer Satu Keluarga Masuk Islam!
Alhamdulillah..
Hati dan jiwa saya betul-betul tenang selepas melafazkan dua kalimah syahadah , mengalir air mata saya semasa dengar puan Erina mengisi borang pengislaman di Pejabat Agama Islam Selangor. pic.twitter.com/24D43msAsm
— Tweet Islamik (@TweetIslamik) September 24, 2019
https://platform.twitter.com/widgets.js
Menerusi perkongsian tersebut, wanita yang dikenali sebagai Puan Erina bersama keluarganya telah sama-sama memeluk Islam. Menurut perkongsian itu, hati dan jiwa menjadi lebih tenang selepas melafazkan dua kalimah syahadah.
Beliau bersama suami dan tiga orang anak sama-sama melafazkan dua kalimah syahadah dan kembali kepada islam semalam. masyaAllah tahniah! pic.twitter.com/Cb1IzwdtUT
— Tweet Islamik (@TweetIslamik) September 24, 2019
https://platform.twitter.com/widgets.js
Proses melafazkan dua kalimah syahadah telah dilakukan di Masjid Al Firdaus, Bandar Baru Selayang sebelum mendaftarkan pengislaman di Majlis Agama Islam Selangor Daerah Gombak. Detik bermakna itu telah berjaya dirakamkan dan telah dimuat naik ke dalam media sosial. Rata-rata wargamaya terutamanya yang beragama Islam menyambut baik kehadiran saudara baru mereka itu di dalam Islam.
Sumber: Tweet Islamik / Muallaf Rawang
No comments: