Ads Top

(Video) Satu Dunia Kena Tipu, Rakaman Wanita ‘Kemalangan’ Rupanya Lakonan

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan satu rakaman yang memperlihatkan seorang wanita Australia terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika sedang melakukan ‘live’ menggunakan telefon bimbitnya.

Menerusi rakaman yang tular itu, ramai pihak mendakwa wanita terbabit leka dengan telefon bimbitnya sehingga menyebabkan kemalangan.

Jika dilihat, kereta yang dipandu oleh wanita itu seperti berpusing akibat daripada rempuhan. Namun, wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan malah turut memberi respon kepada pengikutnya yang menyertai ‘live’ tersebut.

Walaupun rakaman kemalangan itu dilihat menyakinkan, namun sebenarnya ia adalah pengambaran yang dimainkan oleh seorang pelakon, Charlotte Nicado. Sejurus rakaman tersebut tular, wanita berkenaan menjadi terkenal kesan daripada ‘kemalangan’ palsu berkenaan.

Menurut laporan tempatan, penggambaran itu dijalankan di satu tempat lapang dan dikeliling oleh krew produksi serta peralatan pengembaraan yang lengkap. Ketika rakaman itu dibuat, krew telah merancang agar penggambaran itu akan kelihatan seperti kemalangan yang sebenar.

Walaupun rakaman tersebut telah berjaya ‘menipu’ seluruh komuniti di dunia, namun masih terdapat mesej yang boleh dihadam oleh kita semua.

Memandu sambil menggunakan telefon bimbit apatah lagi membuat ‘live streaming’ pastinya akan menyebabkan pemandu terdedah kepada risiko kemalangan. Perkara ini perlu dielak sekalipun ia dikira seperti trend  masa kini.

Sayangi nyawa.

Sumber: Dexerto




No comments:

Powered by Blogger.