Ads Top

(Video) Pesawat Bombadier Berlegar Di Ruang Udara Sri Aman, Operasi Padam Kebakaran Hutan Terpaksa Ditangguhkan

Operasi memadam kebakaran hutan dan tanah gambut yang dijadualkan pada hari ini terpaksa ditangguhkan ekoran terdapat beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan. Pesawat Bombadier CL-415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak dapat membuat sebarang semburan air berikutan jarak penglihatan yang amat terhad.

Menerusi rakaman video yang diterbitkan oleh Bernama, pesawat Bombadier dilihat berlegar-legar di ruang udara namun tidak dapat melakukan sebarang operasi pemadaman.

Penolong Pengarah (Operasi) Bomba Sarawak, Tiong Ling Hii berkata faktor air sungai yang surut dan terdapat halangan di sungai seperti aktiviti memukat dan perahu yang lalu lalang menyebabkan pesawat tidak boleh terbang rendah untuk menyedut air.

“Selain itu, jangka waktu penerbangan pesawat berkenaan juga sudah mencapai hadnya dan memerlukan penyelenggaraan sebelum kembali beroperasi.

“Operasi akan diteruskan setelah kawasan sungai benar-benar bebas daripada semua halangan itu dan pesawat berkenaan bersedia untuk terbang,” katanya kepada Bernama.

Sri Aman dikenal pasti sebagai kawasan yang paling teruk terjejas dengan catatan IPU yang melebihi 400 pada malam semalam. Pesawat Bombadier telah tiba di Kuching pada pagi ini untuk membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dalam operasi memadam kebakaran hutan di Sri Aman.

Sumber: Bernama




No comments:

Powered by Blogger.