Ads Top

(Video) Enjin Pesawat AirAsia Terbakar Di Udara, Juruterbang Berjaya Bawa Pesawat Kembali Ke Landasan

Penerbangan AirAsia dari Maldives ke Bangkok terpaksa berpatah balik dan membuat pendaratan cemas selepas pesawat itu dilaporkan mengalami kebakaran di bahagian enjin.

Menurut juruterbang, pesawat FD178 yang dikendalikannya itu selamat membuat pendaratan cemas pada jam 8.41 malam sejurus berlepas pada 8.35 malam (waktu tempatan).

Beberapa video rakaman insiden itu tular di media sosial dan memperlihatkan bahawa salah satu enjin pesawat Airbus A320-200 terbabit terbakar.

Menurut saksi, pesawat itu terbakar ketika ia mula berada si udara. Namun walaupun sebahagian dari pesawat berkenaan disambar api, juruterbang berjaya membuat pendaratan cemas dan kesemua 58 orang penumpang di dalamnya dilaporkan selamat.

Menteri Pelancongan Maldives, Ali Waheed dan beberapa pegawai Kementerian Pelancongan yang lain pergi ke lapangan terbang selepas kejadian itu.

Menurut AirAsia Thailand, pesawat terbabit sedang diperiksa sementara para penumpangnya menaiki pesawat lain menuju ke destinasi.

Sumber: Bangkok Post 




No comments:

Powered by Blogger.