Kita Hamba Yang Miskin Yang Memerlukan Allah
(Video di atas telah disampaikab oleh Habib Ali Zaenal Abidin, diterbitkan oleh Cocombee Studio)
Habib Ali Zaenal Abidin telah berpesan tentang kemestian doa yang perlu dilakukan oleh orang Islam.
“Jangan lah kamu suka meminta kepada anak-anak Adam, tetapi mintalah kepada zat yang pintunya tidak pernah ditutup.”
Allah marah jika kita tidak meminta kepadaNya sedangkan jika kita meminta kepada manusia, lama-lama kelamaan manusia pasti akan marah.
Inti kepada doa sebenarnya adalah untuk menunjukkan bahawa kita fakir di sisi Allah, kita perlukan Allah, meskipun kita mengira bahawa kita sudah miliki segalanya. Jangan sesekali merasa cukup dan tidak perlu berdoa.
Kerana sesungguhnya orang yang tidak meminta kepada Allah adalah orang yang sombong.
Mintalah kepada Allah dalam keadaan senang mahupun susah, dalam keadaan lapang mahupun sempit, dalam keadaan kaya mahupun miskin.
No comments: