Ads Top

(Video) Dihantui Ketukan Misteri Dari Tingkap Dapur, Anak Dakwa Ibu Pernah ‘Diganggu’ Ketika Hamil 7 Bulan

Tidak dapat dinafikan bahawa ada perkara yang tak dapat dijelaskan namun ramai yang ketahui akan kewujudannya. Dan terkadang ada perkara yang lebih baik tak terlihat dari muncul di depan mata.

Setiap orang pastinya ada menyimpan pelbagai kisah dan salah satunya adalah tentang ceritera misteri yang mungkin pernah menghantui diri.

Begitulah yang terjadi kepada seorang pengguna Twitter, Muhd Afwan yang telah memuatnaik ciapan berkongsi pengalaman yang terjadi kepada keluarganya.

Menurut Afwan insiden itu berlaku tahun lepas ketika ibunya sedang hamil tujuh bulan.

Ibunya sering dihantui dengan bunyi ketukan pada waktu malam lebih-lebih lagi apabila ibunya itu bersendirian di rumah.

Ketika video itu dirakam, ibunya nekad untuk merakam kejadian berkenaan sebagai bukti bahawa insiden itu benar-benar terjadi kepada dirinya.

Ketukan itu terdengar begitu keras namun apabila pergi ke pintu untuk mengintai tiada siapa di luar dan bunti ketukan itu beralih ke tingkap dapur!

Mustahil untuk seseorang berdiri apatah lagi mengetuk pintu tingkap kerana rumahnya itu berada di tingkat empat.

Ciapan itu tular dalam sekelip mata dan menarik warga net untuk turut menceritakan pengalaman mereka berdepan dengan situasi tersebut.

Adik time pregnant pun pernah kena kacau masa basuh pinggan di dapur

Dorm tingkat 3, waktu tengah tidur tiba-tiba ada ‘benda’ ketuk

Tak ketinggalan ada juga yang memberi tips dan nasihat kepadanya.

Jangan balik lewat malam, jangan buang sampah waktu malam

Tutup tingkap dan baca Taawuds dan Bismillah Hirahma Nirrahim

Sumber: Muhd Afwan 




No comments:

Powered by Blogger.