(Video) “Bedesup Macam Ferrari,” Kereta Lawan Arus Lagi, Netizen Gelar Myvi Sebagai ‘Ferrari Malaysia’
Tular sebuah video di laman Facebook sebentar tadi yang memaparkan sekali lagi kejadian pemandu melawan arus. Kali ini ianya didakwa terjadi di Lebuhraya MEX berhampiran IMU Bukit Jalil.
Rakaman dari ‘dash cam’ berdurasi 15 saat itu ‘menangkap’ imej kereta Myvi berwarna putih yang tiba-tiba muncul dari arah hadapan.
Lantaran tersebarnya video berkenaan yang mula dimuatnaik oleh laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis dipenuhi kritikan daripada warga net yang rata-rata meluahkan rasa ketidakpuasan hati dan sindiran terhadap tindakan berbahaya pemandu Myvi tersebut.
Berdesup, macam Ferrari Malaysia kan?
Disebabkan kecuaian orang lain, pihak yang berhati-hati yang jadi mangsa
Beri hukuman berat kepada pemandu melawan arus
Macam mana boleh memandu ‘wrong way’ ye? Takkan tak tahu jalan yang betul
Bersangka baik, dia tertekan butang terbang, tetiba rosak bila dah naik ketinggian enam kaki melepasi divider
Makin banyak kes macam ni, aku pernah jumpa yang live
Jangan buat perangai gila dan menyusahkan pengguna lain, pastu orang lain jadi mangsa
Pemandu lawan arus ni sebenarnya sengaja tay tak sengaja? kalau tak sengaja berhenti la dari terus melawan arus tu
Sumber: Info Roadblock
No comments: