Nampak Dua Lelaki Tunda Motor, Wanita Ini ‘Follow’ Dari Belakang Sambil Nyalakan Signal Kecemasan
Mudah kata jika nama seorang wanita ini sangat jarang untuk menolong lelaki di jalanan, bukan sebab apa, cuma bimbang dengan keselamatan. Tetapi sifat murni wanita ini mendapat perhatian netizen apabila menolong dua orang ‘mat motor’ dalam kesusahan.
Mungkin tidak ramai antara kita yang tidak peka dengan golongan motor terutama di atas lebuhraya yang mengalami masalah motorsikal.
Kelakuan baik yang ditunjuk oleh Nadia Dahlia di laman akaun Twitternya apabila membuka ‘double signal’ untuk membantu dua jejaka yang mengalami kerosakan motor yang menyebakan salah seorang daripada lelaki tersebut terpaksa menunda kenderaan itu telah mendapat perhatian positif daripada netizen yang menonton video yang tular tersebut.
Korang bayangkan, kereta laju datang dari belakang. Kawan dia hampir lose control masa tunda tu, dengan kaki tolak motor yang berat.
Katanya, dia yang memandu kereta bertindak untuk membuka ‘double signal’ dari berada lorong kanan terus ke lorong kiri untuk mengikut dari belakang mereka. Tindakan untuk membuka signal tersebut adalah untuk beri perhatian pada kereta lain yang laju dari arah belakang.
Menghala balik ke rumah tadi, terserempak dengan 2 brade tengah tunda motor Time ni la I terdetik nak buat something dekat diorang.. A thread:
.#KitaPowerrr pic.twitter.com/OTFsDsaMek— Nadia Dahlia (@nadiadahliaa) September 2, 2019
I dapat tolong diorang tunda motor dekat area jalan Kempas – simpang Setia Tropika, JB. Sebab I stuck beratur dekat traffic light. Lepas traffic light, I dah tak nampak diorang menghala kemana.
Tapi yang pasti, brader tu sempat angkat tangan sambil cakap “terima kasih”
Pesan wanita ini, jika ada yang terlihat ada orang tengah tunda motorsikal, jangan laju atau cucuk belakang mereka. Perkara kecil untuk anda lakukan adalah dengan sentiasa berwaspada dengan mereka sahaja.
Wanita ini juga memohon maaf kepada pemandu lain kerana terpaksa perlahankan kenderaan masing-masing kerana perbuatannya itu.
Hari ni kita tolong orang, esok lusa orang tolong kita pulak. Tak kira la berlainan bangsa atau agama. Sebarkan perkara yang baik dengan orang lain.
Terima kasih jugak dekat rider yang pernah tolong tundakan motor kawan. Dan ada juga kekadang tu yang tolong tunda tu pun, tak kenal antara satu sama lain. Salute!
Pengajaran daripada wanita ini sangat memberi impak pada kehidupan harian kita terutama sekali kepada penunggang motorsikal.
Sumber: Nadia Dhalia
No comments: