Ads Top

”Memang Lumrah Lelaki…”, Lelaki Ini Kongsi Tanggapan Salah, Punca Dan Kesan Kalau Suami Kerap Tengok ”Porn”

Arus perubahan zaman telah menyaksikan pelbagai kemunculan gajet serta teknologi-teknologi yang moden bagi menyenangkan kehidupan seharian kita. Pelbagai informasi yang boleh didapati dengan bantuan teknologi-teknologi pada hari ini.

Hanya memerlukan satu klik sahaja dan anda boleh mencari informasi apa yang anda mahukan. Namun, terdapat pelbagai kesan yang negatif juga jika teknologi-teknologi yang kita nikmati pada masa kini disalah gunakan. Antaranya ialah menonton pornografi.

Pornografi adalah suatu bahan lucah yang boleh merosakkan akhlak kepada sesiapa yang menontonnya. Terdapat pelbagai laman sesawang pornografi yang berada di internet. Jika bahan-bahan lucah ini dapat diakses oleh anak-anak anda, kesan yang buruk akan dapat dilihat pada pemikiran anak-anak anda. Akan tetapi, bagaimana pula jika ianya ditonton oleh suami anda sendiri? Apakah kesan buruk yang bakal dihadapi? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian mengenai suami yang gemar melayan pornografi serta apakah kesan buruknya selepas suami anda menonton bahan lucah ini seperti yang telah dikongsikan oleh Akhtar Syamir ini:

Suami melayan Pornografi – Tanggapan Salah, Punca dan Kesan Buruk.

Saya ingin mulakan artikel ini dengan kenyataan yang melihat dan melayan pornografi ialah Zina Mata dan ianya haram.

Apakah puncanya seorang lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai isteri yang halal untuk didatangi tetapi masih memilih untuk berfantasi dengan wanita lain?

Pertama sekali kita perlu lihat TANGGAPAN SALAH mengenai tabiat melihat pornografi di kalangan suami ini dahulu.

1. “Semua lelaki tengok porno”
2. “Memang lumrah lelaki”
3. “Melihat porno ialah OK dan normal”
4. “Kalau lelaki kata dia tak tengok porno, dia menipu”
5. “Sekurang-kurangnya dia tak curang”
6. “Suami tengok porn sebab isteri tak melayan”
7. “Melihat porno tidak mendatangkan keburukan”
8. “Tak payah nak tunjuk alim sangat”
9. “Tak tengok porno = POYO”
10. “Takut bini”

Ini semuanya alasan sampah yang acapkali diucapkan oleh penagih porno untuk membuatkan mereka kurang rasa bersalah.

Antara sebab kenapa seorang suami suka melihat pornografi atau bahan lucah.

1. Mereka suka kepelbagaian dan fantasi dalam seks, tetapi pasangan tidak begitu berminat di dalam aktiviti seksual. Ini menyebabkan perasaan ketidakpuasan dan porno menjadi satu jalan mudah untuk mereka.

2. Ketagihan yang tidak dapat dibendung. Percaya atau tidak, melihat porno atau bahan lucah ini boleh menjadi satu ketagihan jika dilakukan selalu.

3. Stress dan tekanan hidup membuatkan seseorang mencari jalan mudah untuk melepaskan tekanan dengan cara yang cepat.

4. Pasangan kerap kali tidak dapat memenuhi permintaan seksual apabila dimahukan.

5. Kesepian. Walaupun sudah berkahwin, tidak semua pasangan adalah pasangan yang baik. Ada isteri yang tidak mengendahkan suami dan hanya fokus pada anak-anak dan kehidupan sendiri sahaja. Ini membuatkan suami mencari jalan keluar yang paling senang.

6. Merasakan pasangan tidak menarik dan tidak cukup bagus di bilik tidur.

7. Tidak lagi mencintai pasangannya.

8. Tidak merasakan ianya satu kesalahan dan kecurangan kepada pasangannya.

9. Tidak rasa berdosa dan tidak mempunyai didikan agama yang cukup.

10. Merasakan melihat pornografi dan bahan lucah seperti satu perkara yang “normal” bagi lelaki walaupun sudah berkahwin.

11. Pengaruh kawan yang sering kongsi gambar dan video tak senonoh di group Whatsapp.

Secara dasarnya, melihat pornografi adalah salah satu cabang kepada kecurangan dan penipuan. Ini kerana, suami itu mendapat kepuasan dari sumber lain selain isterinya yang sah.

Sama ada diketahui pasangan atau tidak, apakah akibat dari tabiat buruk ini?

1. Isteri tidak lagi mempercayai suaminya.
2. Keadaan tegang dan pergaduhan di dalam rumah tangga.
3. Suami mempunyai jangkaan yang tidak realistic terhadap isterinya.
4. Isteri menjadi semakin tidak menarik di mata suami.
5. Membuatkan isteri sentiasa cemburu.
6. Membawa kepada penceraian.
7. Menjadi contoh yang buruk kepada anak dan bakal menjadi ikutan.
8. Membuatkan isteri merasakan jijik terhadap suaminya.
9. Isteri tidak lagi dapat membina perasaan intim kepada suaminya.
10. Menghancurkan harga diri suami.
11. Suami menjadi susah untuk memuaskan nafsunya.

Jika diketahui pasangan, ianya bakal memusnahkan. Isteri ada dua pilihan sama ada untuk tidak memaafkan atau memaafkan. Suami hanya ada satu pilihan iaitu insaf.

Mencegah sentiasa lebih baik dari mengubati. Jadi, bagaimana untuk mengelakkan dari tabiat ini terjadi?

1. Komunikasi yang baik perlu ada. Kepercayaan itu hadir dari komunikasi yang baik antara suami dan isteri.

2. Menerima kekurangan dan kelebihan pasangan dan cuba memperbaikinya. Masalah akan jadi jika tidak redha dan sentiasa mahukan perkara yang tidak mungkin dapat diberikan.

3. Bersikap terbuka mengenai perhubungan di bilik tidur. Perlu anggap ianya satu keperluan di dalam perhubungan.

4. Tidak terikat dengan rutin yang sama. Rutin yang sama bakal mengundang kebosanan dan perasaan tidak istimewa.

5. Mendengar pandangan pasangan. Sama ada suami atau isteri, jika kita tidak mendengar, kita tidak tahu. Amalkan mendengar berbanding asyik bercakap sahaja sentiasa.

6. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Tidak kira berapa usia perkahwinan anda, jika masa bersama itu sentiasa dihiaskan dengan perkara yang baru, pastinya akan mendatangkan kebaikan dan keseronokan.

7. Cuba merealisasikan impian pasangan. Selagi ianya tidak bercanggah dengan agama dan tidak memudharatkan, tidak salah untuk melayan fantasi pasangan. Hasilnya, pasangan akan lebih menghargai anda.

8. Sentiasa menjaga kebersihan diri. Ini sangat-sangat penting. Dari hujung rambut, sampailah hujung kaki. Jika anda sudah berkahwin, ini sepatutnya menjadi keutamaan terutamanya di rumah. Ketahuilah bahawa, mulut yang berbau busuk boleh melemahkan syahwat. Tidak kira suami atau isteri.

9. Perlu luangkan masa untuk pasangan. Kerja selalunya menjadi penghalang utama kepada masa bersama pasangan. Jangan hidup dikawal kerja, sebaliknya kawallah kerja untuk memberi masa bersama dengan pasangan.

10. Amalkan kenakalan spontan. Ini bakal menjadikan perhubungan suami isteri lebih manis.

11. Rehat yang cukup amat diperlukan. Bila ada masa untuk rehat, rehatlah. Jangan buang masa dengan perkara lain yang tidak berfaedah. Tenaga bakal menjadi elemen utama untuk prestasi yang lebih berkualiti.

12. Tinggallah di rumah sendiri. Sama ada menyewa atau beli rumah. Apabila berada di rumah sendiri, anda dan pasangan akan ada lebih privasi dan ianya bakal mendatangkan banyak kebaikan. Tidak perlu malu dan tidak perlu bimbang bila dan di mana.

13. Jangan amalkan tidur berasingan. Sila baca penulisan penuh mengenai ini di sini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157134926150490&id=633435489

14. Amalkan sentuhan-sentuhan manja. Cari di mana pasangan suka disentuh dan dibelai.

15. Sentiasa fokus dan kosongkan fikiran dan berhenti membanding-bandingkan pasangan dengan orang lain.

16. Cantikkan isteri dengan mengambil tahu dan menyediakan keperluan peribadinya. Contohnya seperti syampu, perapi, pelembab, pencuci muka, toner, serum dan lain-lain. Usahakan sedikit demi sedikit. Kebanyakan dari keperluan di atas, tidak akan habis dalam masa yang singkat.

Pendek kata, kita yang tentukan bagaimana nak menghias dan menjadikannya istimewa. Jika di fikiran kita sudah membayangkan yang ianya menyusahkan, pastinya ia akan menjadi suara perkara yang melemaskan dan leceh.

Salah satu elemen kebahagiaan ialah kepuasan suami dan isteri. Ini bakal mengurangkan kebarangkalian di memerlukan orang lain atau bahan porno untuk memuaskan dirinya.

Ingatlah, tabiat melihat pornografi dan bahan lucah ialah pembunuh senyap institusi kekeluargaan. Jangan ianya terjadi kepada kita.

Kongsikan ilmu ini buat semua pasangan berkahwin. Kita semua sepatutnya sudah matang untuk memahami maksud yang cuba saya sampaikan di dalam penulisan ini.

Semoga keluarga kita semua lebih bahagia dan dihindari dari kerosakan pornografi ini.

Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.

Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

▶ http://t.me/broohsemfans

Sumber: Akhtar Syamir




No comments:

Powered by Blogger.