Jiran Sahkan Kehidupan Ahn Jae Hyun, Ku Hye Sun Tidak Bahagia
Proses perceraian Ahn Jae Hyun dan Ku Hye Sun masih berjalan hingga saat ini dengan kedua-duanya masih saling membuat kenyataan di media massa.
Berkenaan dengan kisah penceraian tersebut, pihak program KBS Entertainment Weekly cuba mendapatkan cerita daripada jiran pasangan tersebut.
Menerusi temubual yang dilakukan, ternyata jiran yang ditanya itu menyatakan mereka sudah berasa curiga tentang hubungan Jae Hyun dan Hye Sun sejak sekian lama.
“Pada satu hari saya membawa anjing berjalan-jalan dan saya melihatnya (Ahn Jae Hyun) sampai di rumah dengan membawa kereta agensi. Hye Sun pula sering datang ke kedai kami, tetapi dia selalu terlihat tidak bahagia.
“Saya dapat merasakan kehidupan selebriti yang berat padanya. Dia selalu menggunakan masker dan mereka tidak pernah datang bersama,” ujar jiran kepada pasangan artis berkenaan.
Selain itu, ada juga jiran yang mengatakan kedua-duanya pernah minum bersama-sama dengan mereka dan Jae Hyun kelihatan mesra, namun sikap Hye Sun pula sebaliknya.
Ternyata pengakuan yang diberikan oleh jiran-jiran pasangan tersebut mendapat pelbagai reaksi. Malah, ada merasakan ia satu perkara yang mengerikan apabila pergerakan mereka diperhatikan jiran tetangga.
Pengakuan dari tetangga sekitar ini mendapatkan komentar miring dari netizen. Bahkan ada yang menganggapnya mengerikan karena memperhatikan gerak gerik kedua selebriti tersebut. – KopiPlanet.com
The post Jiran Sahkan Kehidupan Ahn Jae Hyun, Ku Hye Sun Tidak Bahagia appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: