Dialog Peradaban Belia Malaysia-China Kedua: Islam Dan Konfusianisme
Sebuah dialog yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah diadakan pada hari ini, iaitu 21 Ogos 2019 dan akan berlangsung sehingga esok, 22 Ogos 2019 di Royal I dan II, Palace of Golden Horses.
Dialog Peradaban Belia Malaysia-China Kedua: Islam dan Konfusianisme ini telah diadakan untuk berkongsi dan berdiskusi mengenai Islam dan juga konfusianisme.
Ia telah menampilkan beberapa panel tempatan dan antarabangsa seperti Professor Datuk Dr Awang Sariyan, Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Professor Emeritus Tan Sri Dr Kamal Hassan, Prof Sha Zonping, Professor Dr Taufiq, Mr Luo Ji dan ramai lagi.
Ia juga diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan China yang ke-45 untuk saling meraikan perbezaan pandangan, berkolaborasi dan berdialog secara harmoni.
Ucapan dari Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah menyerikan lagi dialog ini sebagai ucap tama untuk dialog kali ini.
“Dalam kedua-dua tradisi, tidak diragui lagi, sifat saling memahami dan harmoni telah menjadi pendokong kepada perhubungan antara negara dan rakyat pada masa kini.” Titah baginda
Oleh itu, falsafah dan juga pegangan terhadap kedua-dua kepercayaan ini telah menjadi penghubung kepada masyarakat pada abad ini.
Antara topik menarik yang bakal dibentangkan oleh panel-panel jemputan ini ialah, Hubungan Peradaban Malaysia-China oleh Prof Datuk Dr Awang Sariyan, Etika Pentadbiran oleh Prof Datuk Dr Azarae Idris dan Qi Yihu, Etika dalam Kewangan dan Ekonomi oleh Prof Dato’ Dr Mohd Azmi Omar dan Datuk Seri Dr Nik Norzrul Thani serta Etika bermasyarakat yang akan dikupas oleh Prof Dr Kamar, Puan Goh Ming Lee dan juga Yu Xiaopeng.
Antara panel VIP yang turut hadir juga ialah Mr Khalek Awang, Presiden Alumni UIA, Seri Paduka Baginda, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak, Prof Datuk Dr Osman Bakar, Pengerusi ISTAC-IIUM dan juga Datuk Dr Mohd Daud, Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
No comments: