Ads Top

Comelnya, Speaker Dewan Dodoi Dan Susukan Bayi Ahli Parlimen Yang Sedang Berdebat

Semalam tular di laman sosial video yang memaparkan Speaker Dewan yang berbahas sampai menyusukan bayi Tamati Coffey, MP (ahli Parlimen) New Zealand yang baru sahaja dilahirkan.

Tamati dikatakan baru habis dari cuti paterniti membawa anaknya itu ke parlimen untuk sesi perbahasan. Speaker Dewan, Trevor Mallard memutuskan untuk mendukung bayi comel itu.

Lebih mengujakan apabila dalam video berkenaan, jelas terlihat reaksi ‘kebapaan’ Speaker Dewan yang menggoyang badan bayi seolah-olah cuba untuk mendodoikannya. Malah dia juga sempat mengingatkan ahli parlimen tentang masa yang hampir tamat ketika berbahas sambil menyusukan bayi.

Mallard juga telah memuatnaik gambarnya sambil memangku bayi berkenaan di laman twitter dengan caption:

“Selalunya kerusi Speaker ni hanya digunakan oleh Pegawai Pemimpin tapi harini ada seorang VIP yang duduk bersama saya”

Beliau juga sempat mengucapkan tahniah kepada Tamati atas kehadiran keluarga baru mereka itu.

Sumber: ABC News




No comments:

Powered by Blogger.