Ads Top

Cari Punca Anak Kecil Anda Meragam

Jika anak kecil anda meragam dan mengamuk kerana dia lapar, kenapa pula dia yang dimarahi dan dipukul? Salahkah dia lapar?

Bukankah ayah dan ibu yang bertanggungjawab beri anak makan pada waktunya?

Jika anak kecil meragam dan mengamuk kerana dia mengantuk, kenapa pula dia yang dimarahi dan dipukul? Salahkah dia mengantuk?

Bukankah ayah dan ibu yang perlu pastikan yang anda tidak membawa anak ke ‘mall’ atau ke mana-mana ketika waktu tidur dan rehat anak?

Jika anak kecil meragam dan mengamuk kerana dia letih, kenapa pula dia yang dimarahi dan dipukul? Salahkah dia letih?

Bukankah ayah dan ibu yang perlu pastikan anak mempunyai rutin dan jadual waktu rehat?

Jika anak kecil meragam dan mengamuk kerana mahukan sesuatu yang dilihatnya, kenapa pula dia yang dimarahi dan dipukul? Salahkah dia mahukan sesuatu yang dilihat?

Bukankah ayah dan ibu yang perlu proaktif dan bersedia jauhkan anak dari tempat yang boleh mendatangkan konflik?

Jika anak kecil meragam dan mengamuk kerana mempunyai masalah kesihatan, kenapa pula dia yang dimarahi dan dipukul? Salahkah dia sakit?

Bukankah ayah dan ibu yang perlu peka keadaan kesihatan anak dan dapatkan bantuan jika anak memerlukan?

Jika anak kecil meragam dan mengamuk kerana meniru perbuatan kita, maka fikirlah sendiri.

Jalan pintas tidak akan menyelesaikan masalah sebenar. Ia akan terus berulang selagi tidak dikenalpasti puncanya.




No comments:

Powered by Blogger.