Ads Top

Akim & The Majistret Tampil Dengan Single Baharu Yang Satu

Setelah tampil dengan lagu Ladida pada bulan April lalu, Akim & The Majistret kini muncul pula dengan single terbaharu mereka berjudul Yang Satu.

Menariknya, untuk single tersebut yang dihasilkan oleh Hang Nadim (Akim Ahmad) dan Laq (Zimi), ia menampilkan genre pop balada.

Menurut Akim, Yang Satu telah diberikan gubahan muzik yang dinamik, bermula dengan petikan keyboard minimalis dan kemudiannya disusuli pula dengan iringan muzik yang disuntik elemen ‘New Wave Reggae’ serta menjanjikan sajian muzik segar, namun masih tetap mengekalkan ‘signature sound’ Akim & The Majistret.

“Untuk beberapa single sebelum ini iaitu Rampas dan Ladida bukanlah dalam kategori balada. Jadi untuk single kali ini, kami bersepakat untuk meletakkan unsur yang lebih ‘mellow’ dan berentak balada.

“Lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang mendambakan kasih sayang yang ikhlas daripada kekasihnya. Bagi dirinya, hanya pasangannya sahaja yang memahami segala tentang dirinya,” ujarnya.

Menurut Akim, selaku pelantun lagu berkenaan ia ditujukan khas buat isterinya dan ia turut dilancarkan pada ulang tahun kelahiran isterinya pada 18 Ogos lalu.

“Inilah hadiah yang paling bermakna yang saya berikan buat isteri tercinta dan saya harap dapatlah isteri saya mengamati setiap baris ayat dalam lagu ini,” jelasnya.

Yang Satu merupakan single terbitan secara usahasama Rhythm & Rhyme Entertainment, syarikat rakaman milik Akim dan isterinya, penyanyi terkenal Stacy dan Nova Music Malaysia pula bertindak sebagai pengedar.

Single berkenaa bakal ke udara di corong-corong radio seluruh negara dan juga boleh didapati di kesemua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 18 Ogos lalu. Video lirik rasmi Yang Satu juga kini boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos. – KopiPlanet.com

The post Akim & The Majistret Tampil Dengan Single Baharu Yang Satu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.