Ads Top

Aishah Terkejut Tercalon Penyanyi Wanita Popular ABPBH 2019

Penyanyi Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 54, mengakui dia terkejut sebaik namanya tersenarai dalam pencalonan top 5 kategori Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019 (ABPBH 2019).

Menurutnya, dia rasa seperti berada dalam rancangan ‘prank’ dan terpinga sebaiknya namanya diumumkan hos majlis sidang media ABPBH 2019, AG dan Haiza Hanafi pada Jumaat lalu.

“Saya terpinga bila dapat tahu nama tercalon dalam top 5 Penyanyi Wanita Popular tahun ini. Ketika terima panggilan daripada pihak penganjur untuk hadir pada majlis ini saya seakan tidak percaya dan ingat kena prank.

“Saya tanya pihak yang telefon saya, ‘awak biar betul dik?’ Jangan main-main nanti saya saman lain pula jadinya,” katanya sambil berseloroh kepada KopiPlanet.com.

Aishah ditemui pada majlis sidang media pengumuman senarai pencalonan akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019 (ABPBH 2019) yang berlangsung di Tamu Hotel, Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tercalon bersama-sama Ara Johari, Stacy, Siti Nordiana dan Wany Hasrita, Aishah menganggap menang atau kalah adalah bergantung kepada rezeki masing-masing.

“Majoriti peminat saya terdiri daripada golongan dewasa yang mungkin tidak banyak mengundi kerana ia menggunakan teknologi terkini.

“Tetapi ada kemungkinan peminat generasi terbaharu akan mengundi dan memberi sokongan. Bagi saya menang atau kalah, saya anggap diri sudah menang apabila berjaya membolos diri di dalam senarai pencalonan akhir,” katanya yang pernah meraih trofi Bintang Paling Popular pada tahun 1990. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.