”Yusof 4 Tahun Dah Kenal Ciri-Ciri Planet”, Lelaki Ini Kongsi Pentingnya Berkahwin Bila Kewangan Stabil
Pada hujung Jun lalu, selebriti terkenal Hanis Zalikha telah berkongsi video anak sulungnya, Yusuf Iskandar yang bijak mengenal nama-nama dan kedudukan planet dalam sistem solar.
Kecerdikan Yusuf pada usia 4 tahun itu membuatkan ramai netizen kagum dan mengimpikan anak yang pintar sepertinya.
Seorang pengguna Twitter, Lukman Khiruddin telah mengulangkicau kiriman seorang pengguna lain yang teruja dengan kepintaran Yusuf.
Kata Lukman, Yusuf merupakan contoh nyata bayi yang lahir dalam keluarga berada (berkemampuan).
“Contoh sedia ada bayi yang lahir dalam keluarga berada. Sebab itu penting ya untuk kahwin bila dah stabil kewangan.
“Bukti statistik dah ada mengatakan pelajar yang lahir dari keluarga berada, mempunyai peluang cerah untuk lebih berjaya/cerdik sebab dapat sumber yang cukup.”
Living example bayi yang lahir dalam keluarga privilege. Sebab itu penting ya untuk kahwin bila dah financially stable.
Bukti statistik dah ada mengatakan pelajar yang lahir dari keluarga berada, mempunyai peluang cerah untuk lebih berjaya / cerdik sebab dapat resources yg cukup https://t.co/bpkgyUYpkF
— Lukman Khiruddin (@lukmankhiruddin) July 17, 2019
Ramai yang menyokong kenyataan tersebut.
From a middle class family here, and I actually agree. Got tonnes of encyclopedia at home, and tuition jangan cakap la.
Biasanya, org pandai dari family kurang mampu, I noticed that they work really hard to compensate the resources available to others. Or just plain genius lol
— 미 친 (@ijjahajerina) July 17, 2019
In other words is “access”
Ada duit. Kau ada byk access & choices.
Pandai byk bahasa. Ko ada byk access ilmu.
So poor people have limited access.— Dinul Naim (@dinulnaim) July 17, 2019
Yes i setuju ni. My friend straight A’s masa spm. Then sambung matriks. Di sebab kan family tidak berkemampuan, terpaksa kerja di supermarket. Kena sara family dan adik2
— Jiha’s (@SNnajiha) July 17, 2019
Selain itu, Lukman turut menambah mengapa kestabilan kewangan adalah penting untuk kejayaan seseorang anak.
Berapa kerat yg berjaya sebab lahir dalam keluarga kurang senang compare to yg berjaya sebab lahir dlm keluarga berada. Kekayaan adalah amplify untuk kau lebih berjaya, terima hakikat tu bro.
If you are born poor it’s not your mistake but if you die poor it’s your mistake.
— Lukman Khiruddin (@lukmankhiruddin) July 17, 2019
Ada yang kurang bersetuju
Setiap orang mempunyai pengalaman berbeza. Pengalaman ini mempengaruhi bagaimana mereka melihat sesuatu perkara. Setiap pandangan ada benarnya, tiada yang 100 peratus betul atau 100 peratus salah.
Aku x berapa setuju… Aku dduk sekolah asrama. Mostly bukan org senang. Tp bila exam perghhh dahsyat. Ade yg ayah kerja nelayan motor pon xde. Allah tu maha Adil, xsemestinya kna tggu kaya bru boleh dpt anak bijak.
— Hidayati_Salehudin (@yatie_salehudin) July 17, 2019
Tun m lahir dari keluarga yg susah. 94 year living example.
— Fidaque (@fidauddinzain) July 17, 2019
Walaubagaimanapun, pendapat tersebut telah disangkal oleh beberapa pengguna lain.
Privilege tu bukan bermaksud kaya raya or berada. Privilege tu maksudnya berkemampuan. Means, family mampu bagi resources yang cukup for education.
TBH, we can’t really afford it for my child. But I am making sure that we can. Education is very important.
— Not a mind reader. (@AnxiousQuill) July 17, 2019
I m from poor family and broken too. I agree with you. Most my cirlces don’t even have a degree but i did in hard way. But hard to break the poverty circle since im the only one who made it. And now works as barista with low paid since tiada kerja. What to do.
— leave me alone (@tweetalone3) July 18, 2019
Ilmu keibubapaan
Ilmu amat penting untuk menjadi ibu bapa yang berpengetahuan luas. Tanpa ilmu, kita mungkin mengamalkan konsep yang salah dalam mendidik anak-anak. Dengan ilmu jugalah kita tahu bila masanya perlu bertegas, bila masanya untuk memanjakan anak berdasarkan situasi.
Inilah pentingnya kita mengikut perkongsian ilmu keibubapaan oleh pakar perunding keluarga.
For me, Hanis zalikha punya parenting knowledge and knowledge. Dia ajar Yusof speaking and behave masa dkt rumah. Kurang nampak Yusof pegang phone tengok cartoon. Hanya TV je, itu pun channel cartoon English. Dari kecil ajar cakap dan tulis English, tengok dah besar lagi bijak.
— Hafizi Ariffin (@HafiziiAriffin) July 17, 2019
This is what happened when you don’t feed your kids with gadgets
— (@SexyAsylum) July 15, 2019
Ini antara sebab ibu bapa perlu jadi berilmu dan terpelajar
antara reason kenapa parents perlu jadi educated. most of children dia dengar apa parents dia terangkan. so kena jadi pandai untuk explain dkt anak what is what and how does it happen
— dilligaf (@Twentyofaugust) July 14, 2019
Dia terangkan benda basic je , tapi utk kid umur 2 ke 3 tahun, its amazingggg.
— K U D O R A Z A L I (@KudoRazali_) July 14, 2019
Sebabtu kita kena jadi orang yang educated, berilmu. Apabila kita kahwin, kita boleh didik anak-anak kita dengan ilmu dan kasih sayang
— Abam Hura (@AbamHura) July 15, 2019
Mungkin kurang berkemampuan, tapi potensi masih boleh dikembangkan
“Kestabilan kewangan penting tetapi mereka yang tidak berkemapuan tak bermakna tak boleh buat apa-apa. Kembangkan fungsi kognitif anak-anak sejak awal. Daripada beli permainan tak berfaedah dan biarkan mereka menonto baby shark lebih baik dedahkan mereka dengan dokumentari kanak-kanak dan layan mereka seperti orang dewasa.”
Financial stability is important but those who isn’t privilege doesn’t mean you can’t do anything, develop their cognitive function early. Instead of buying meaningless toys and letting them watch baby shark expose them to stem kits and kids documentary, treat them like adult
— Linda is a Potato (@lindanorid) July 18, 2019
Perancangan kewangan
Konklusinya, kita perlu merancang kewangan dari awal. Berapa ramai orang yang bekerja keras bertahun-tahun kumpul duit berpuluh ribu untuk dihabiskan dalam masa sehari ketika majlis kahwin, tapi selepas kahwin, simpanan pendidikan anak pun tak ada.
Penulis teringat perkongsian seseorang, seawal anak lahir, buka akaun bank anak, bukan akaun sosial media.
ya betul. i still tak paham why ad pasangan yg nak sangat buat financial planning untuk majlis kahwin. tapi bila tanya plan simpanan untuk bakal anak, takde plan lagi. ahhh tak paham kenapa kenapa
— alinnn (@aalinnnn5) July 17, 2019
Sumber: Lukman Khiruddin
No comments: