Ads Top

(Video)Mengerikan, Doktor Rakam Proses Keluarkan Cacing Parasit Dari Mata Pesakit

Seorang doktor, dipercayai dari Vietnam telah merawat seorang wanita yang mengadu sakit mata di sebuah klinik tempat beliau bekerja pada 2 Julai yang lalu.

Selepas diperiksa, doktor itu mendapati bahawa terdapat sejumlah parasit berwarna hitam berenang-renang di dalam matanya.

Beliau kemudiannya membuat keputusan untuk mengeluarkan parasit berbentuk cacing hitam berkenaan dari mata pesakitnya itu.

Doktor tersebut telah merakamkan proses mengeluarkan parasit itu dan berkongsikannya di Internet sebelum ia menjadi tular sehingga mendapat perhatian media antarabangsa.

Klip video berdurasi 2 minit 31 saat ini mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah pihak. Ia memaparkan proses mengeluarkan parasit berukuran 5cm daripada mata pesakit.

Walaupun sudah berjaya dikeluarkan, parasit tersebut masih lagi mampu bergerak dan kekal hidup.

Menurut laporan media tempatan, kaum wanita di sana sering membasuh baju dan mandi di kawasan sungai dan jeram.

Maka, parasit terbabit dipercayai menyerang mangsa ketika dia berada berada di sungai atau jeram ini.

Sumber: Daily Mail




No comments:

Powered by Blogger.