Ads Top

(Video)Mahkamah Kuala Lumpur Terima Ancaman Bom, Hakim Terpaksa Tangguhkah Perbicaraan Najib

Pihak polis telah mengarahkan kaki tangan dan orang awam yang berada di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk mengosongkan premis tersebut selepas menerima ancaman bom sebentar tadi.

Antara perbicaraan yang sedang berlangsung di sana adalah kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ancaman ini telah memaksa Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali untuk menangguhkan perbicaraan kes tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, mereka telah menerima panggilan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali memberitahu maklumat mengenai ancaman itu.

Mereka telah memanggil bantuan daripada Unit Pemusnah Bom serta Unit Anjing Pengesan(K9) dan pasukan itu sudah pun berada di tempat kejadian untuk mengawal situasi di sana.

Berita lanjut akan menyusul.

Sumber: FB BERNAMA, Majlis Keselamatan Negara




No comments:

Powered by Blogger.