(Video) Hukum Perempuan Tak Nak Berkahwin, Ini Penjelasan UAI
Semua wanita dan lelaki mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Bagi wanita, mesti inginkan seorang suami yang soleh dapat membimbingnya, zuriat yang ramai, bijak serta comel, mudah kata semunya indah seperti apa yang kita angankan.
Jadi, janganlah kita persoalkan tentang rezeki, jodoh dan ajal seseorang. Dalam Islam, wanita diberi kedudukan khas dan sering kali mendapat hak istimewa berbanding kaum lelaki. Namun, ada juga segelintir wanita yang mungkin tidak mahu berkahwin.
Dalam satu ideo Ustaz Azhar Idrus, beliau berkata rugi seseorang itu jika tidak berkahwin. Tetapi tidaklah mendatangkan dosa jika kaum wanita tidak berkahwin kerana kahwin itu sunnah.
Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas dengan buah mulut yang tidak sedap didengar. Walaubagaimanpun, kita janganlah tafsir sendiri apa yang dikatakan Nabi Muhammad SAW.
Jika seseorang itu berkahwin, maka faedah yang paling lumayan adalah anak. Anak merupakan satu anugerah yang paling terindah dan tidak boleh diganti dengan wang ringgit.
Apapun, mari kita rujuk dengan video ini.
SUmber: Ustaz Azhar Idrus
No comments: