Tak Faham Kenapa Kena Pakai Toner, Moisturizer Dan Sunscreen? Ini Jawapannya
Seorang pengguna twitter telah berkongsi soalan serta jawapan tentang kepentingan dan fungsi penggunaan produk skincare.
Dalam thread twitter milik @sy4meel, dia telah menerangkan secara ringkas apa fungsi setiap jenis produk skincare.
Berikut merupakan threadnya pada Sabtu lepas (13 Julai) yang kini sudah mendapat 25,029 tanda suka dan diulang kicau sebanyak 18,031.
Jom sama-sama kita semak apa yang dikongsikan. Semoga bermanfaat.
Sebelumnya, Syameel memaklumkan di awal threadnya bahawa kandungan yang diperolehnya adalah melalui hasil bacaan, artikel, blog dan menonton youtube. Dia juga bukan seorang pakar kulit.
P/s : Semua content yang saya post adalah hasil daripada bacaan dan video daripada beauty gurus ( article , youtube , blog etc ). Saya bukan certified dermatologist/pakar kulit jadi kalau ada silap boleh tolong betulkan.
Berikut merupakan skincare yang dikongsikan fungsinya.
“Kenapa kena pakai cleanser?”
1- Cleanser
Cleanser ni merupakan the first step sebelum korang pakai apa-apa dekat muka korang. Kenapa kena pakai cleanser :
– Membersihkan kulit muka daripada sel kulit mati , make up , lebihan minyak dan juga clogged pores supaya kulit korang boleh bernafas.
“Jangan guna cleanser lebih daripada 2 kali (pagi dan malam)”
– Dengan cleanse muka korang akan dapat boost radiance dan prep muka supaya dapat full benefits untuk next produk yang korang akan pakai
– Jangan guna cleanser lebih daripada 2 kali ( pagi dan malam ) sebab ia akan menyebabkan minyak muka korang terlalu kering
“Ramai orang tak faham kenapa kena pakai toner?”
2- TONER
Ramai orang tak faham kenapa kena pakai toner ? Ini kegunaannya :– Mengurangkan penampakkan pores dekat muka
– Buang segala lebihan kotoran & sel kulit mati dekat muka korang hasil daripada lepas cleanse tadi
– Balancekan semula ph muka korang
Apa pentingnya balancekan semula ph muka kita ?
Muka kita sebelum cuci muka akan berada dalam keadaan acidic iaitu pada ph 3-5 ( acid ) dan selepas cleanse akan berada di ph 9-11 ( alkaline ). Dengan adanya toner , kulit muka korang akan kembali ke ph neutral iaitu ph 6-8
Bila muka terlalu acidic akan berlaku inflammation dan kemerahan manakala apabila terlalu alkaline akan jadi kering dan dehydrated ( refer gambar sebelum ni ). Jadi sangat penting untuk kembalikan ph muka korang ke neutral sebelum pakai next produk !
Credit : beauty within yt
Walapun nampak sama dengan toner tapi Essence mempunyai fungsi yang lain.
3- ESSENCE
Essence dan toner mempunyai fungsi yang berbeza walaupun dua-dua nampak macam sama. Apa bezanya ?
– Essence membantu menambah satu lagi layer of hydration pada kulit kita
– Bila kulit korang well hydrated , ia akan membantu menambah keberkesanan serum dan moisturizer
Serum membantu mencerahkan kulit muka.
4- SERUM
Serum mempunyai kandungan active ingredient yang concentrate dan target kepada masalah specific kulit.
– Serum membantu mencerahkan kulit muka
– Membantu mengurangkan acne scars , dark spot , acne dan baiki skin texture
– Saiz pores , blackhead dan whitehead berkurang
Ramai ingat kulit muka jenis berminyak tak perlu guna moisturizer, tapi itu hanyalah auta.
5- MOISTURIZER
Ramai ingat bila kulit muka oily tak payah pakai moisturizer tapi tu semua adalah auta sebab muka korang SANGAT perlukan moisturizer. Kenapa ?
– Mengelakkan daripada kulit menjadi kering
– Memperlahankan tanda-tanda penuaan
– Bantu mengurangkan jerawat kerana…
…apabila kulit kering , muka akan memberi isyarat untuk menghasilkan lebih banyak minyak muka ( lebihan minyak yang tersumbat boleh menyebabkan lebih banyak jerawat )
– Melembutkan kulit , mengurangkan kemerahan dan rasa gatal pada muka ( kering )
– Lock segala produk pada muka
Ramai yang tidak kisah dan tidak mementingkan penggunaan sunscreen.
6- SUNSCREEN ( Paling penting )
Ramai ambik ringan pasal pemakaian sunscreen sedangkan sekiranya korang tak pakai suncreen , segala jenis produk yang korang pakai adalah Membazir sebab takde layer yang jaga kulit daripada sinaran matahari. Kenapa ? Ini sebabnya :
– Sunscreen membantu menjaga kulit daripada terkena 2 jenis sinaran ultraungu yang merbahaya iaitu – UVA dan UVB rays
– UVA menyebabkan kedutan , wrinkles dan membuatkan kulit korang nampak lebih tua
– UVB merupakan punca sunburn
– UVA dan UVB boleh menyebabkan kanser kulit !
Demikian 6 produk skincare yang penting untuk diaplikasikan pada kulit muka kita. Ingat lepas cuci muka, bersih lah sudah. Ternyata masih ada produk-produk lain yang kulit muka kita perlukan. Terima kasih Syameel.
Untuk mendapatkan pelbagai maklumat atau cadangan perkongsian daripada Syameel boleh mengikutinya di akaun rasmi Twitter @sy4meel dan akaun rasmi Instagramnya, iaitu @syxmeel
Sumber: @sy4meel
No comments: