“Saya Rasa Mereka Tak Tahu Itu Sejadah,” Rakaman Tular Pusat Permainan Guna Alas Persis Sejadah Undang Kecaman
Baru-baru ini satu rakaman video menunjukkan keseronokkan pengunjung bermain gelongsor di salah sebuah pusat permainan di China mendapat perhatian ramai terutamanya umat Islam.
Hal ini kerana, disebalik keseronokkan itu, para pengunjung yang bermain dengan gelongsor tinggi tersebut didakwa menggunakan sejadah sebagai medium mereka menggelungsur ke bawah.
Rakaman itu sedikit-sebanyak menjentik sensitivi umat Islam yang melihat rakaman tersebut. Rata-rata mereka berpendapat bahwa tindakan itu seperti tidak menghormati sejadah sebagai alas ketika solat.
Antara ulasan netizen:
“Kalau yang ada gambar Kaabah kau buat macam ni, memang tak respect la”
“Kurang ajar la, Biadap”
Namun pun begitu, disebalik reaksi tidak puas hati yang dipamerkan, terdapat juga segelintir yang berpendapat bahawa mereka tidak mengetahui bahawa ‘karpet’ tersebut merupakan sejadah yang digunakan oleh orang Islam untuk menunaikan solat.
“Khusnudzon je la maybe mereka tak tahu”
“Saya rasa mereka tidak tahu benda itu sejadah”
“Ada juga rakan non-muslim terbeli sebab ingat tu alas kaki”
Sumber: Twitter
No comments: