Remy Ishak Teraju Utama Drama Mafia Pertama Di Malaysia
Sering kali diberikan watak romantik, terbaharu pelakon Remy Ishak tampil dengan karakter berlainan menerusi drama bersiri mafia pertama di Malaysia, Keluarga Baha Don (KBD).
KBD akan ditayangkan bermula 11 Julai ini menerusi laman hiburan atas talian, Viu. Selain Remy, drama bergenre aksi komedi ini turut dibintangi Khir Rahman, Susan Lankester, Sharifah Aleysha, Jihan Muse, Mark Adam, Namron, Alvin Wong dan Othman Hafsham.
KBD yang bakal bersiaran sebanyak 10 episod itu mengisahkan tentang Jo Don (Remy) yang berada dalam dilema setelah kematian bapanya yang mana wasiat terakhirnya telah meminta Jo ntuk mewarisi perniagaan keluarganya sedangkan ketika itu dia sedang mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang chef.
Setelah kematian bapanya, Jo mula curiga mengenai perniagaan yang diusahakan bapanya kerana kebanyakan kenalan bapanya yang hadir memberikan pernghormatan terakhir terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang yang agak mencurigakan.
Konflik drama ini turut diselitkan dengan kisah percintaan di antara Jo dengan Kesuma (Jihan) namun ibunya, Mama Don (Susan) mahukan dia berkahwin dengan anak kenalannya yang dilakonkan Melissa Campbell.
Adakah Jo mengambil alih perniagaan bapanya atau teruskan impiannya untuk bergelar chef seperti yang dicita-citakannya, jangan lupa saksikan Keluarga Baha Don yang diarahkan bermula 11 Julai ini di Viu. – KopiPlanet. om
The post Remy Ishak Teraju Utama Drama Mafia Pertama Di Malaysia appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: