Ads Top

Perlukah Menukar Nama, Setelah Beragama Islam?

Satu perkongsian menarik daripada Saudara Lim Jooi Soon berhubung isu penukaran nama saudara baru (mualaf). Kata beliau dalam satu ceramahnya. Bilal Bin Rabah R.A berasal dari Utopia. Sebelum Islam dan selepas Islam masih kekal memakai nama yang sama.

Mengapa Nabi tidak menyuruh Bilal Bin Rabah R.A ini menukar nama? Tukarlah nama ke nama arab. Tetapi Nabi tidak berbuat begitu. Menurut Saudara Lim Jooi Soon, itu adalah Sunnah Nabi S.A.W. Iaitu mengekalkan nama asal tatkala seseorang itu memeluk Islam.

Di Malaysia, sesiapa sahaja yang menerima Islam akan disuruh menukar namanya. Tujuannya untuk apa? Dikatakan adalah untuk mempermudahkan orang ramai mengenali saudara baru (mualaf) ini sama ada Islam ke tak Islam.

Zaman Nabi dulu, nak kenal orang Islam itu Islam atau tidak Islam, lihat pada apa? Lihat pada nama ke? Lihat pada pakaian ke? Atau amalan? Nabi mengenali orang itu Islam atau tidak Islam adalah melalui amalannya. Bukan namanya dan pakaiannya.

Saudara Lim Jooi Soon memberitahu bahawa beliau tidak menukar namanya selepas memeluk Islam sebab masih ramai orang Islam tidak tahu apa definisi nama Islam.

Ramai yang masih berpegang kepada pendapat bahawa nama Islam adalah nama dalam bahasa arab. Nama Islam mesti bunyi dalam bahasa arab.

Tetapi ikut kajian beliau, nama Islam ialah nama yang mempunyai maksud yang baik. Tidak semestinya perlu dalam Bahasa Arab. Setuju atau tidak setuju?

Contohnya nama beliau sendiri. Nak tahu apa makna nama beliau? ‘Lim’ adalah nama keluarga. Bukan nama bapa. Ramai yang masih keliru, ingatkan nama beliau tetapi sebenarnya ‘Lim’ adalah nama keluarga.

Orang cina akan ada nama seperti Lim, Chong, Tan, Lee dan macam-macam lagi. Beliau dari pokok ‘Lim’. Dan ia tidak ada kena mengena dengan Chua Soi Lek. Kerana tokoh itu dari pokok ‘Chua’. 

Manakala nama kedua beliau iaitu ‘Jooi’ itu pula merujuk kepada nama generasi. Orang yang ada ilmu, bila dia lihat nama beliau yang nombor dua itu, dia akan tahu bahawa beliau adalah generasi yang ke-27.

‘Soon’ barulah nama diri beliau sendiri. Jadi ‘Lim Jooi Soon’ itu bererti ‘Menuju Kejayaan’. Itulah maksud dan makna nama Saudara Lim Jooi Soon seorang pendakwah yang hebat dari Interaktif Dakwah Training (IDT). Wallahualam.




No comments:

Powered by Blogger.