Minat Gila Dengan BTS, Peminat Sampai Hidap Sindorm Kejang Tangan
Tidak dinafikan populariti kumpulan K-Pop, BTS kini semakin menggila di seluruh dunia termasuk di kalangan peminat dari Barat.
Namun, pendedahan seorang peminat setia kumpulan ini baru-baru ini menggambarkan betapa taksubnya terhadap selebriti kadang-kala boleh membawa kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.
Seorang peminat BTS, Kim Hwee Young berkongsikan kisahnya yang terlalu ‘gila’ dengan demam BTS sehinggakan baru-baru ini dia disahkan menghidap sindorm kejang tangan (carpal tunnel syndrome) akibat ketaksubannya itu.
Hwee Young yang bertugas sebagai agen insurans mendedahkan kisahnya itu ketika ditemubual menerusi program TV, Yoo Quiz On The Block.
Menurut wanita berusia 47 tahun itu, dia merasakan BTS merupakan kebahagiaan sebenarnya selepas dia duduk berjauhan dengan suami dan anak lelakinya. Disebabkan itu dia sering merasa sunyi dan meluahkan rasanya dengan menonton video dan lagu BTS bagi menceriakan hidupnya.
Pada mulanya dia tidak mengetahui tentang kumpulan yang menjadi kegilaan dunia itu namun selepas mendengar satu lagu BTS, dia terus melekat sehingga kini menjadi peminat setia BTS yang digelar Army.
Dan disebabkan kekerapannya menggunakan telefon bimbit untuk menonton video konsert BTS, dia telah disahkan menghidap sindorm tersebut namun perkara itu langsung tidak membantutkan niatnya untuk terus menyokong BTS.
BTS menceburi bidang seni sejak 2013 dan ia dianggotai tujuh jejaka iaitu Jungkook, V, Jimin, Suga, Jin, RM dan J-Hope. – KopiPlanet.com
The post Minat Gila Dengan BTS, Peminat Sampai Hidap Sindorm Kejang Tangan appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: