Hargai Krew Belakang Tabir, Anugerah Profima Dianjurkan Kali Ke-12
Demi menghargai hasil kerja krew belakang tabir dalam sesebuah penerbitan filem dan drama, Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) bakal menganjurkan Anugerah Profima 2019 (AP2019) kali ke-12 yang akan diadakan pada 14 Disember ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Menurut Presiden Profima, Kapten Khir Mohd Noor, AP2019 diadakan bagi menhargai dan menobatkan jasa pekerja belakang tabir yang selama ini bertungkus lumus menaikkan dan menjayakan industri perfileman Malaysia.
“Selama ini sering kali anugerah diadakan bagi memberi tumpuan kepada para selebriti tanpa menonjolkan krew-krew di belakang tabir. Tanpa kerjasama krew, mana mungkin filem, drama atau iklan di layar kaca dan layar putih mahupun internet dapat diterbitkan.
“Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi kefahaman yang lebih jelas kepada masyarakat tentang kerjaya yang boleh diceburi oleh generasi Y yang begitu cenderung kepada penggunaan peralatan dan digital base dan pengolahan daya kreatif dan bakat.
“Pengisian pada malam gala, meliputi persembahan hiburan dan penyampaian trofi akan dipertontonkan di samping jamuan makan malam. Profima telah menyediakan pakej-pakej jualan meja makan malam bermula dari RM2,000 untuk 10 orang,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah Profima 2019 yang berlangsung di Riverside, PWTC, Kuala Lumpur semalam.
Sebanyak 57 trofi akan dipertandingkan termasuk tiga trofi khas yang diberikan kepada individu yang banyak berjasa kepada pembangungan industri filem tempatan.
“Jika sebelum ini, kami pertandingkan sebanyak 68 trofi tapi untuk tahun ini kurangkan kepada 57 trofi kerana ada di antara kategori itu kami lihat seakan bertindih. Antara kategori yang dipertandingkan ialah Produser Terbaik, Pengarah Terbaik, Solekan Terbaik, Aksi Lasak Ngeri Terbaik, Pengarah Seni Terbaik dan Jurukamera Terbaik.
“Tarikh penghantaran pencalonan sudah dibuka sejak 15 Julai lalu sehingga 10 November ini. Pencalonan yang hendak dihantar mestilah produk yang telah ditayangkan dari bulan Januari 2017 hingga Jun 2019.
“Pencalonan serta penyertaan adalah terbuka kepada ahli aktif Profima dan ahli bersekutu Profima bagi karya keluaran tempatan sahaja. Pihak kami mengharapkan lebih banyak peryertaan bagi AP2019 supaya dapat merancakkan saingan dan penerimaan AP2019 di kalangan penggiat industri kandungan kreatif Malaysia,” katanya lagi.
Senarai kategori yang dipertandingkan:
Filem
1. Best Art Direction
2. Best Camera Operator
3. Best Cinematography
4. Best Colorist
5. Best Costume Design
6. Best Director
7. Best Film Editing
8. Best Gaffer
9. Best Key Grip
10. Best Make Up
11. Best Original Score
12. Best Producer
13. Best Sound Design
14. Best Special Effects
15. Best Special Effects Make Up
16. Best Stunt Direction
17. Best Stuntman / Stunt Team
18. Best Visual Effects
Telefilem
1. Best Art Direction
2. Best Director
3. Best Editing
4. Best Make Up
5. Best Motion Graphics
6. Best Telemovie
7. Best Videography
TVC
1. Best Cinematography
2. Best Colorist
3. Best Director
4. Best Editing
5. Best TVC
6. Best Visual Effects
TV Drama Series
1. Best Art Direction
2. Best Director
3. Best Editing
4. Best Make Up
5. Best Motion Graphics
6. Best TV Drama Series
7. Best Videography
Documentary
1. Best Documentary
2. Best Editing
3. Best Motion Graphics
Animation for TV
1. Best Animation
2. Best Director
Animation for Film
1. Best Animation
2. Best Director
3. Best Original Score
Multiple Camera Production (MCP)
1. Best MCP
2. Best Motion Graphics
TV Magazine
1. Best TV Magazine
2. Best Motion Graphics
Short Film
1. Best Short Film
dan tiga trofi Anugerah Khas Juri. – KopiPlanet.com
The post Hargai Krew Belakang Tabir, Anugerah Profima Dianjurkan Kali Ke-12 appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: