Ads Top

Apa Yang Boleh Dibuat Selain Membawa Buah Tangan Ketika Menziarahi Orang Sakit

Sebuah hadis sahih telah menyebutkan bahawa hak seorang mukmin kepada mukmin yang lainnya ada enam – mengucapkan salam, memenuhi undangan apabila dijemput, memberikan nasihat, mendoakan agar dirahmati apabila dia bersin, menziarahi apabila sakit dan yang terakhir adalah menghantar jenazah ke kubur.

Selalunya apabila kita menziarahi kenalan atau saudara mara yang sakit, kita akan membawa buah tangan seperti hamper, makanan atau buah-buahan. Namun ada perkara yang juga penting yang boleh diamalkan. Sebelumnya, mari ikuti kisah di bawah.

‎فَقَالَ أَنَسٌ أَلاَ أَرْقِيكَ بِرُقْيَةِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ بَلَى‏.‏ قَالَ *اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شَافِيَ إِلاَّ أَنْتَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

Tsabit mengadu kepada Anas bahawa dia sakit. Anas lalu berkata, ‘Mahukah aku ruqyahkan engkau dengan doa ruqyah Rasulullah SAW?’. Dia menjawab, ‘Ya!’. Lalu Anas membacakan:

“Allahumma Rabbi-n-naas, Muzhibal ba’s, Isyfi, Anta Asy-Syaafi, La Syafiya Illa Anta. Syifaan la Yughadiru Saqamaa”

“Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, yang mampu menghilangkan kesakitan (apapun). Sembuhkanlah (sakit ini), kerana Engkau lah Maha Pemberi Kesembuhan, tiada yang mampu menyembuhkan selain Engkau, dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang keperitan (sesudahnya)” (HR al-Bukhari)

Melalui cerita yang terdapat dalam hadis di atas, Rasulullah telah mengajarkan kepada sahabat doa yang boleh dibacakan kepada orang yang sakit atau kita panggil sebagai bacaan ruqyah.

Doa tersebut ringkas dan sangat mudah dihafal. Menziarahi orang sakit selain daripada boleh menimbulkan keinsafan kepada hati, ia juga adalah peluang buat kita untuk membantu mereka hatta dengan sepotong doa. Wallahua’lam.




No comments:

Powered by Blogger.