Ads Top

“Saya Kisah Kalau Orang Minta Duit Raya Kat Saya” – Farah Nabilah

Pada usia yang sudah mencecah 27 tahun ini, pelakon Farah Nabilah tidak menolak kemungkinan bahawa pertanyaan tentang bila dia akan mendirikan rumah tangga pasti akan ditanya ketika hari raya.

Bagaimanapun, pelakon yang mula dikenali ramai menerusi drama Papa Ricky itu mengakui soalan-soalan sebegitu langsung tidak terkesan ke atas dirinya.

“Entahlah… saya rasa persoalan itu tiada kesan pun kepada diri saya. Kalau ada yang tanya pun, saya hanya akan jawab insyaAllah kalau ada jodoh.

“Saya kisah kalau orang minta duit raya kat saya sebab mereka rasa kalau jadi pelakon ni mesti kaya, takkan nak beri RM10 sahaja,” ujarnya secara berseloroh.

Ujarnya, perkara tersebut memang agak merisaukan dirinya kerana adakalanya sesetengah kanak-kanak yang suka membuka sampul di hadapan individu yang memberi.

“Kadang-kadang kita nak beri RM5 atau RM10, tetapi ada yang macam pertikaikan pula. Mereka anggap kalau dah keluar TV takkan nak beri RM5 sahaja.

“Mereka ingatkan artis seperti saya akan bagi sampai RM50. Jadi, itu yang membuatkan kadang-kadang saya jadi lebih stress berbanding soalan bila nak kahwin,” ujarnya.

Dalam pada itu, Farah menyatakan apabila setiap kali tiba perayaan Aidilfitri, dia sekeluarga akan pulang ke kampung halaman ibu bapanya di Bachok, Kelantan.

“Pada tahun lalu saya dah keluarga ambil keputusan untuk beraya di Kuala Lumpur. Namun, saya rasa sangat membosankan dan pada tahun ini kami akan kembai menyambutnya di Kelantan,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post “Saya Kisah Kalau Orang Minta Duit Raya Kat Saya” – Farah Nabilah appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.