Ads Top

Produk KILAFIT Rahsia Kilafairy Miliki Potongan Badan Menarik

Selama ini, ramai yang mengagumi tentang pelakon dan penyanyi Kilafairy yang dilihat memiliki potongan badan yang sangat menarik.

Baru-baru ini, pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan itu mendedahkan bahawa rahsia sebenarnya adalah dengan menggunakan produk kesihatan dan pelansingan badan yang diasaskan olehnya iaitu KILAFIT.

Menurut Kilafairy, sebelum ini dia pernah berhadapan dengan masalah kenaikan berat badan yang mendadak dan kemudiannya dia telah mengamalkan pengambilan produk berkenaan sejak September lalu.

Malah suatu ketika dahulu juga, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan juga berdepan fasa sama seperti mereka yang mengalami naik turun dalam berat badan.

“Saya sendiri pernah memiliki tubuh yang berisi, malah memang ada yang tidak percaya saya juga pernah berdepan masalah berat badan. Semasa awal kemunculan di pentas seni, saya memang pernah berisi.

“Ketika itu keyakinan diri ada kalanya menurun, sedangkan ia perlu ada setiap pada kita. Namun, jika ada sesuatu yang melemahkan segala-galanya kita kena pantas bertindak melakukan perubahan,” katanya.

Menurut Kilafairy, selain fokus kepada bidang seni, terutamanya nyanyian dan lakonan, kini dia bergiat aktif dengan perniagaan KILAFIT ini yang diformulakan oleh doktor bertauliah dengan cetusan ideanya sendiri.

Dalam pada itu, ketika ditanya kenapa KILAFIT harus menjadi pilihan utama orang ramai, Kilafairy menyatakan pengguna seharusnya lebih mempercayai produk yang mengutamakan kandungan semula jadi.

“Salah satu sebab utama saya begitu dedikasi mengeluarkan produk KILAFIT kerana ia memudahkan diri. Lagipun tidak perlu ambil banyak produk kerana KILAFIT sendiri mempunyai banyak khasiatnya dan boleh diamalkan sebagai makanan tambahan. Produk ini berkesan dengan cara yang semula jadi.

“Kalau mengamalkan KILAFIT dan pada masa sama aktif dengan aktiviti membuang peluh, keputusan itu akan diraih dengan lebih cepat. Namun, kalau sebaliknya pun ia masih akan dapat keputusan yang terbaik. Ia terpulang kepada diri masing-masing. Ada testimoni kami yang berjaya menurunkan 12 kilogram dalam masa sebulan dengan hanya menjaga makan dan mengamalkan KILAFIT,” ujarnya.

Selain untuk penurunan berat badan, KILAFIT yang mengandungi makanan sunnah seperti kurma, buah delima dan madu juga mempunyai kolagen untuk menegangkan kulit dan mengurangkan selulit dengan harga jualan RM88 sekotak. – KopiPlanet.com

The post Produk KILAFIT Rahsia Kilafairy Miliki Potongan Badan Menarik appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.