Jaa Suzuran Mahu Pakai Lima Pasang Baju Ketika Hari Raya Pertama
Sempena dengan kemeriahan sambutan Aidilfitri yang disambut setahun sekali, bekas penyampai radio Era, Jaa Suzuran ingin tampil dengan kelainan pada tahun ini.
Jaa yang ditemui baru-baru ini berkata, pada Hari Raya Aidilfitri, dia merancang untuk mengenakan lima pasang baju pada hari pertama.
“Untuk menampakkan kelainan pada tahun ini, semasa raya pertama nanti saya akan tukar baju yang berlainan ketika pergi beraya.
“Mungkin saya akan tukar beberapa pasang baju, mungkin juga dalam sehari itu saya akan pakai lima pasang baju. Kalau boleh setiap OOTD tu biarlah nampak lain,” ujarnya yang bernaung di bawah syarikat pengurusan MindOrder Sdn. Bhd.
Jaa atau pemilik nama sebenar Mohd. Faizal Ahmad itu berkata demikian sewaktu majlis berbuka puasa bersama-sama anak yatim dari Rumah Limpahan Kasih Pusat Jagaan Hashimy pada minggu lalu.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perkembangan kerjayanya sekarang, Jaa menyatakan kini kariernya semakin berkembang sejak tidak lagi bertugas di konti radio.
Selain sudah menceburi bidang lakonan, Jaa menyatakan dia turut terbabit dalam bidang perniagaan menerusi koleksi tudung jenama Jaaurah dan baju Melayu Jxclusive.
“Ketika saya mengundurkan diri sebagai penyampai radio dulu, ramai yang terkejut termasuk keluarga dan rakan terdekat sehingga menganggap ia satu tindakan yang berisiko.
“Alhamdulillah, selama hampir setahun bernaung di bawah syarikat MindOrder, perjalanan saya dalam bidang hiburan semakin berkembang secara sistematik menerusi pelbagai tawaran dalam lakonan dan pengacaraan,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Jaa Suzuran Mahu Pakai Lima Pasang Baju Ketika Hari Raya Pertama appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: