Walaupun Ibu Acab Ada Sakit Jantung Tetapi Dia Abaikan Dan Sanggup Buat Benda Ini Semata Mata Untuk Anaknya
“ACAP…Acap…mak kat sini…balik Acap…mari sini balik rumah sini…Aishah (anak) tunggu tu kesian Aishah (panggil) daddy…daddy..daddy.
“Nampak mak tak Acap? Mak sini Acap…sini…kuat Acap…jalan Acap sini…Acap kuat Acap…tolong mak Acap sini Acap…sikit lagi Acap…Aishah tunggu ni Acap.”
Demikian panggilan ibu kepada Mohammad Ashraf Hassan, 29, dalam usaha mencari peserta Gopeng Ultra Trail itu yang hilang sejak 23 Mac lalu.
Rakaman video Siti Maznah Khamis, 62, memanggil anaknya itu meruntun hati sesiapa yang menontonnya
Berkali-kali warga emas itu memanggil nama anak kelima daripada tujuh beradik itu dan merayu agar dia segera pulang kerana semua ahli keluarga merindukannya.
Walaupun mempunyai masalah jantung, dia menggagahkan diri memasuki hutan dan mendaki bukit di kawasan anaknya yang dipercayai hilang.
Sejak kehilangan Pembantu Makmal di Klinik Kesihatan Daerah Muar, Johor itu dilaporkan, ahli keluarganya berkumpul di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kehilangan mangsa selain turut membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini memasuki hari ke-10.
Abang Mohammad Ashraf, Mohd Zahiruddin, 35, berkata, mereka sekeluarga tidak pernah putus harapan dan akan terus berusaha mencari adiknya itu yang mesra dengan panggilan Acap setiap hari tidak kira waktu hingga jumpa.
WALAUPUN TIDAK SIHAT TETAPI SEMANGAT UNTUK CARI ANAKNYA TIDAK AKAN LUNTUR
“Ibu ada sa kit jantung, tetapi semangatnya kuat untuk mencari Acap termasuk mendaki bukit serta masuk hutan walaupun pada waktu malam.”
“Kami sekeluarga sejak dari awal hingga kini masih berusaha mencarinya dengan menyelusuri laluan larian, kawasan sungai dan hutan bersama pasukan SAR serta penduduk kampung,” katanya.
Menurutnya, ibu bapanya serta kakak dan adik-adik lain turut membantu mencari dan mereka menetap di inap desa berhampiran bagi memudahkan urusan pencarian.
“Selain menyertai operasi mencari kami turut berusaha cara perubatan Islam dengan mendapatkan bantuan ustaz serta ibu juga tidak pernah putus membuat solat hajat memohon agar Acap segera ditemui.
“Belum ada sebarang petunjuk setakat ini mengenai keadaan dan lokasi di mana adik saya itu berada dan kami mohon orang ramai turut sama agar Acap dapat dijumpai,” katanya.
Sumber : HMETRO ONLINE
Kredit:KLViral
No comments: