Ads Top

(Video)Penonton Wayang Dapat Kejutan Percuma, Tiba-Tiba Basah Kuyup Ketika Tonton End Game

Pegunjung wayang di Ratchaburi, Thailand mendapat ‘kejutan’ istimewa ketika menonton filem The Avengers: End Game apabila pancuran air aktif secara tiba-tiba membuatkan seluruh dewan panggung serta penonton basah kuyup.

Lebih malang, ratusan pengunjung dalam dewan panggung berkenaan terpaksa keluar selepas diarahkan berbuat demikian tanpa sempat menghabiskan tontonan.

Menurut pihak pengurusan, pancuran air berkenaan teraktif secara tiba-tiba disebabkan suhu dalam dewan mencecah 40 darjah celcius.

Slah seorang pengunjung yang menjadi mangsa, Wittawat Hanvanich, 30, mengakui kecewa dengan apa yang terjadi namun bercadang untuk menonton semula kelak.

”Saya kecewa dengan apa yang terjadi. Mereka perlu belajar mengendali sistem pancuran air mereka. Bagaimanapun mereka menangani masalah tersebut dengan baik dan saya akan kembali untuk menonton End Game semula,” katanya.

End Game sehingga kini sudahpun berjaya mengutip hasil melebihi USD 1.2 bilion (RM 4.96 bilion) di seluruh dunia.

Beberapa teraju utama filem berkenaan antaranya Robert Downey Jr dan Scarlett Johansson turut terlibat dalam kempen anti-spoiler dengan ##dontspoilendgame selepas beberapa individu tidak bertanggungjawab membuat siaran langsung secara haram di media sosial.

 

Sumber: Dailymail




No comments:

Powered by Blogger.