(Video)Lelaki Nekad Potong Jari Sendiri Untuk Tebus Kesilapan Selepas Salah Undi Parti
Seorang lelaki di India nekad memotong jarinya sendiri setelah menyedarinya tersalah pangkah parti ketika proses pilihanraya yang sedang berlangsung di negara tersebut.
Pawan Kumar berkata, dia sebenarnya mahu mengundi calon Bahujan Samaj Party (BSP), bagaimanapun terkeliru dan tersalah memberi undi kepada Bharatiya Janata Party (BJP) dalam fasa kedua pengundian.
Undian dibuat menggunakan Mesin Undi Elektronik.
#Watch: Shocker coming in from Bulandshahr, as a BSP supporter chopped off his finger after he allegedly pressed the wrong button on the EVM and voted for BJP instead. #LokSabhaElections2019 pic.twitter.com/1YqYIr2QWq
— Mohit Sharma (@iMohit_Sharma) April 18, 2019
”Saya tersalah menekan butang yang mempunyai simbol bunga teratai, bukannya butang yang mempunyai simbol gajah.
”Jadi saya memotong jari saya sebagai tanda untuk menebus kesilapan tersebut,” katanya seperti dilaporkan oleh The Telegraph.
Pawan bertindak memotong bahagian jari yang ditanda dengan dakwat biru yang menandakan dirinya sudahpun membuang undi sebelum ini.
Video yang menunjukkan keadaan jarinya yang berbalut dengan kain putih turut menjadi tular di media sosial.
A #BSP supporter chopped off his finger after he accidentally pressed wrong button in #EVM and voted for #BJP instead of BSP in #Bulandshahr #LokSabhaElection2019 pic.twitter.com/upHcH9Obvz
— Saurabh Trivedi (@saurabh3vedi) April 18, 2019
Dia yang berasal daripada Kampung Bulandshahr, Uttar Pradesh mahu memilih calon digemarinya, Yogesh Verma namun terkeliru dan memilih Bhola Singh daripada BJP, parti politik yang mendominasi pentas politik India ketika ini.
Pawan juga mengakui kesilapan yang dilakukannya dan berkata tiada sesiapa pun yang memaksanya mengundi calon daripada BJP.
India memulakan proses pilihan raya pada 11 April lalu dan dijangka akan berakhir pada 19 Mei ini.
BACA: India Memilih: Fakta Menarik Perlu Anda Tahu Mengenai Pilihan Raya Paling Besar Di Dunia
Sumber: The Telegraph
The post (Video)Lelaki Nekad Potong Jari Sendiri Untuk Tebus Kesilapan Selepas Salah Undi Parti appeared first on Siakap Keli.
No comments: