Ads Top

Pizza Hut Perkenal The Singing Pizza Pertama Di Malaysia

Pizza Hut Malaysia terus menerajui inovasi dengan memperkenalkan cara terbaharu untuk menikmati pizza, kali ini menerusi The Singing Pizza. Bukan hanya sekadar pizza, Pizza Hut mahu meningkatkan pengalaman rakyat Malaysia secara keseluruhannya dengan menyelitkan hiburan berteknologi tinggi ke dalam setiap hidangan.

The Singing Pizza bakal mengubah cara rakyat Malaysia menikmati pizza melalui penggunaan kotak pizza berinovasi yang turut bertindak sebagai kotak muzik. Penggemar makanan yang berasal dari Itali itu berpeluang merasai pengalaman unik ini daripada Pizza Hut mulai sekarang hingga bulan Disember ini.

Pengarah Eksekutif – CEO Restoran QSR Brands Holdings (M) Bhd, Merrill Pereyra berkata, “Strategi kami di Malaysia adalah untuk mengutamakan para pelanggan kami dengan memudahkan dan memberi pengalaman citarasa piza yang lebih baik menerusi inovasi berasaskan digital. Hari ini, dengan teknologi digital sekali lagi, kami mahu memedatkan pengalaman rakyat Malaysia untuk menyampai pengalaman yang lebih bermakna menerusi kempen berinovasi ini.

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Jean Ler menambah, “Pengalaman Pizza Hut ini adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengecapi hidup yang lebih bermakna dan penuh semangat. Muzik merupakan sebahagian besar daripada budaya rakyat Malaysia, oleh itu melalui Singing Pizza, kami menggabungkan dua budaya rakyat yang disayangi iaitu makanan dan muzik, menjadi satu pengalaman yang serba baharu. Kita perlu mengutamakan budaya berkenaan agar kita dapat menyatukan dan memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia di dalam erti kata yang sebenar.”

Bagi merealisasikan The Singing Pizza, Pizza Hut telah bekerjasama dengan Universal Music bagi tujuan itu. The Singing Pizza menjadikan kotak piza biasa sebagai sebuah kotak muzik yang memainkan lagu daripada senarai lagu eksklusif dan didatangkan dengan pelbagai reka bentuk yang menarik! Senarai lagu The Singing Pizza terdiri daripada 200 lagu yang akan dikemaskini setiap dua minggu, termasuk lagu-lagu di dalam trend dan trek eksklusif yang belum lagi dilancarkan oleh artis-artis terkemuka tempatan seperti Fattah Amin, Fazura, Alvin Chong, Zaim, Shalma Eliana dan Aman Ra.

Para pelanggan Pizza Hut boleh merasai sendiri pengalaman “The Singing Pizza” menerusi http://bit.ly/2Doizs4, panggil 1-300-88-2525 untuk penghantaran atau kunjungi restoran Pizza Hut yang berdekatan. “The Singing Pizza” boleh didapati dalam bentuk:
● Kotak Piza: Kotak piza berkenaan disertakan dengan satu kod QR istimewa untuk diimbas oleh para pelanggan dan memainkan muzik eksklusif melalui telefon mudah alih setiap kali mereka membuat pesanan untuk bawa pulang atau penghantaran.
● Menu Muzik: Satu kod QR khas istimewa akan diletakkan di restoran Pizza Hut bagi membolehkan pelanggan yang makan di restoran menyimbas dan memainkan senarai lagu eksklusif sambil menikmati hidangan piza di situ.

Bukan setakat itu sahaja, tapi untuk menghangatkan lagi kempen berkenaan, para pelanggan juga berpeluang untuk menemui Shawn Mendes secara langsung dengan membuat pembelian “The Singing Pizza” di samping menerima baucar-baucar* piza menarik!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai “The Singing Pizza” daripada Pizza Hut, sila layari http://bit.ly/2Doizs4. – KopiPlanet.com

The post Pizza Hut Perkenal The Singing Pizza Pertama Di Malaysia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.