Ads Top

Pihak Bomba Akhirnya Dedahkan Kedatangan Bau Busuk Dan Lalat Di Sekitar Kawasan Kehilangan Acap

Bau busuk yang dikesan di kawasan Hutan Simpan Bukit Kinta dekat Gopeng hujung minggu lepas bukan milik manusia. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak, Mohamad Yunus Abu berkata maklumat mengenai bau busuk tersebut dan sekumpulan lalat diterima daripada Orang Asli tempatan pada Sabtu lepas.

Katanya lima pegawai kanan dan lima anggota pangkat-pangkat lain bomba bersama tiga anggota polis telah naik ke kawasan bau busuk tersebut yang terletak pada ketinggian 400 meter semalam dan hari ini. “Kita dah sampai ke kawasan tersebut tapi setakat ini negatif (bau manusia), mungkin bau binatang kerana kita temui bulu dan lalat, tiada tulang atau kulit yang boleh kaitkan dengan manusia,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai tular di media sosial yang mengaitkan bau busuk tersebut dengan kehilangan Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap sejak 23 Mac lalu semasa menyertai Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019. Dalam pada itu, Mohamad Yunus turut meminta pengamal perubatan tradisional atau pengamal perubatan Islam agar tidak membuat usaha mencari Mohammad Ashraf secara bersendirian. Katanya sejak kehilangan Mohammad Ashraf, banyak pihak yang mendakwa sebagai pengamal perubatan tradisional atau pengamal perubatan Islam datang ke Gopeng untuk mencari mangsa.

“Lebih elok jika duduk bersama, berbincang, kita bergabung kerana matlamat kita sama iaitu untuk mencari Mohammad Ashraf. Jangan buat usaha sendiri,” katanya sambil mempersoalkan adakah tindakan secara bersendirian itu kerana ganjaran atau nama.

Sumber Bernama via siakapkeli

Artikel berkaitan ‘Bomba akan terus cari Acap’

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak akan menghentikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang dilaporkan hilang pada 23 Mac lalu, selagi tidak menemukan m4ngsa.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM Datuk Soiman Jahid berkata pencarian dalam skala kecil diteruskan membabitkan radius satu kilometer (km) dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. “Berdasarkan pengalaman kita, terdapat dua kemungkinan berlaku terhadap Mohammad Ashraf sama ada tergelincir jatuh di kawasan curam sehingga berada di tempat tersembunyi atau tersesat sehingga mengalami masalah kesihatan serta tidak sedarkan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Pembukaan Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-29 di Bachok, hari ini. Turut hadir Pengarah JBPM Kelantan Penolong Pesuruhjaya Bomba Md Salleh Sarbini. Perkhemahan selama lima hari bermula hari ini membabitkan 704 orang kadet daripada 16 kontinjen dari seluruh negeri.

Mengulas lanjut, Soiman yakin mangsa masih berada di lokasi berdekatan tetapi lokasinya belum dikenal pasti. Beliau berkata kehilangan Mohammad Ashraf berkemungkinan seperti kes kehilangan tujuh kanak-kanak Orang Asli di Pos Tohoi, Gua Musang empat tahun lalu apabila mangsa ditemukan dalam jarak 500 meter dari lokasi mereka hilang. Dalam pada itu beliau memohon supaya semua pihak dapat mendoakan supaya operasi pencarian dipermudahkan dan m4ngsa segera ditemukan.

Sumber bernama via malaysiakini

Kredit:EmpireMediaNetwork




No comments:

Powered by Blogger.