Ads Top

Jenita Janet Digelar Katy Perry Indonesia Miliki 1,000 Rambut Palsu

Diberi jolokan nama sebagai Katy Perry Indonesia, Jenita Janet tidak menafikan mungkin dia mendapat gelaran itu disebabkan suka memakai rambut palsu berwarna-warni seperti mana imej yang dibawakan penyanyi antarabangsa itu.

Menurut Jenita dia cuba membawa kelainan agar kehadirannya dalam industri muzik di Indonesia dapat diterima peminat di sana.

“Memang saya akui tidak berasa selesa memakai rambut palsu tapi saya nak buat sesuatu yang unik dan lain daripada yang lain agar peminat lebih mudah mengenali diri saya.

“Lagipun saya hanya memakai rambut palsu ketika menjayakan persembahan sahaja, bila tiada show saya lebih senang menggayakan rambut sendiri sahaja,” katanya.

Dia berkata demikian kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran single duet Mau nyanyiannya bersama kumpulan Estranged di Drum Asia Studio, Kota Damansara semalam.

Menariknya, setakat ini Jenita telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 1,000 koleksi rambut palsu yang terdiri daripada pelbagai warna dan model.

Antara koleksi yang paling mahal pernah dibelinya ialah bernilai lebih daripada RM4,500.

“Kebanyakan rambut palsu saya dibuat khas selain ada juga yang saya beli dah siap di pusat beli-belah. Namun sejak kebelakangan ini saya lebih suka untuk ‘custom made’ agar ia sesuai dengan ukuran kepala saya.

“Selain beli di Indonesia, koleksi saya ini ada juga yang datang dari Amerika Syarikat, Kanada dan China yang mana saya beli melalui ‘online’. Warna rambut palsu yang menjadi kegemaran saya pastinya biru, violet, lavender dan fuschia,” ujar Jenita lagi.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Jenita berharap kolaborasinya bersama Estranged menerusi lagu Mau dapat memperkenalkan dirinya dalam persada muzik Malaysia.

Selain itu, Jenita turut meluahkan impiannya untuk bekerjasama dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di masa akan datang.

“Siapa yang tidak mahu berduet sama Siti kan?” ujarnya ringkas. – KopiPlanet.com

The post Jenita Janet Digelar Katy Perry Indonesia Miliki 1,000 Rambut Palsu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.