Ads Top

Hijjaz Tampilkan Kelainan, Ketengahkan Irama Rap Dalam Single Baharu

Kumpulan nasyid terkenal tanah air, Hijjaz kini baru sahaja muncul dengan single terbaharu mereka berjudul Lafaz Salam.

Salah seorang anggotanya, Munif berkata, untuk single terbaharu ini mereka telah tampil dengan kelainan berbanding lagu-lagu mereka sebelum ini.

“Istimewanya untuk lagu Lafaz Salam ini apabila kami mengenengahkan irama rap. Menerusi single baharu ini juga kami telah bekerjasama dengan Jeff A To Z.

“Ini kali pertama kami tampil dengan muzik yang lebih moden kerana berasakan sudah tiba masanya untuk Hijjaz tampil dengan sesuatu yang baharu,” ujarnya.

Menurut Munif, pembaharuan yang dilakukan ini juga sememangnya atas permintaan ramai peminat setelah mereka menyanyikan lagu rap ketika bersaing di Gema Gegar Vangaza sebelum ini.

Bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa pada mulanya mereka agak meragui terhadap penerimaan peminat apabila tampil dengan sesuatu kelainan.

“Bagi kami, bukan mudah sebenarnya untuk menghasilkan lagu rap ini. Secara jujurnya kami sangat mengagumi penyanyi-penyanyi rap kerana tidak semua penyanyi boleh melakukannya.

“Selain itu, apa yang kami lakukan ini adalah semata-mata mahu mengikut trend terkini, di samping langkah untuk menarik lebih ramai peminat baharu,” ujarnya.

Jelasnya, Lafaz Salam sudah mula disiarkan di radio, di mana ia kali pertama diputarkan di Radio Zayan beberapa hari yang lalu. Manakala untuk video muzik lagu ini pula akan dimuat naik di YouTube pada minggu hadapan. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Hijjaz

The post Hijjaz Tampilkan Kelainan, Ketengahkan Irama Rap Dalam Single Baharu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.