Ads Top

Filem Zero Gagal, Shah Rukh Khan Mahu Berehat Buat Seketika

Kegagalan filem terbaharu filem Zero lakonan bintang Bollywood Shah Rukh Khan ternyata telah memberi kesan yang mendalam buat aktor berkenaan.

Sebelum filem berkenaan ditayangkan di pawagam, Shah Rukh Khan pernah memberitahu sekirannya Zero menemui kegagalan, dia mahu berehat seketika daripada dunia perfileman.

“Pada kali ini saya tidak akan lakukan sebarang aktiviti selain mahu memanfaatkan masa yang ada dengan banyak menonton filem dan membaca buku.

“Anak-anak juga kini sedang sibuk dengan persekolahan mereka. Jadi, saya mahu meluangkan lebih banyak masa bersama ahli keluarga,” ujarnya.

Mengakui ada menerima tawaran lakonan daripada beberapa pihak, pelakon itu menyatakan saat ini bukanlah masa untuk dia kembali bekerja kerana risau masa untuk bersama keluarga akan berkurangan.

“Sebelum ini saya pernah memberitahu akan terbabit dengan projek baharu pada bulan Jun ini. Namun, ia tidak akan berlaku seperti yang dirancangkan dan saya akan kembali berlakon sekiranya tiba masa yang sesuai.

“Setakat ini saya sudah mendapat 15 hingga 20 tawaran dan ada beberapa yang saya suka. Cuma, saya masih belum memutuskan untuk memilih tawaran yang mana,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Filem Zero Gagal, Shah Rukh Khan Mahu Berehat Buat Seketika appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.