Ads Top

Felicity Huffman Mengaku Salah Beri Rasuah Supaya Anak Masuk Kolej

Pelakon Felicity Huffman, 57, mengaku bersalah di atas pertuduhan memberi rasuah bagi kemasukan anak perempuannya ke universiti elit di Amerika Syarikat.

Aktres drama bersiri Desperate Housewives itu berkata dia telah mengkhianati anaknya dan berasa sangat malu dengan apa yang telah dilakukannya.

Felicity adalah di kalangan 50 pesalah, termasuk ibu bapa kaya dan jurulatih pasukan kolej, yang dituduh terbabit dalam skim membabitkan penipuan dalam peperiksaan kemasukan kolej dan membayar rasuah AS$25 juta (RM102.46 juta) untuk membolehkan anak mereka memasuki universiti terkenal seperti Yale, Georgetown dan University of Southern California.

Susulan pengakuan bersalah, Felicity bersetuju membayar denda dan pampasan AS$20,000 (RM81,000).

“Anak perempuan saya langsung tidak mengetahui tindakan saya dan saya mengkhianatinya dengan cara itu,” kata Felicity. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.