Ads Top

Faizal Tahir, Ella & Hujan Hiburkan Peminat Dalam Minggu Muzik Malaysia

Tiga penyanyi terkenal iaitu Faizal Tahir, Ella dan kumpulan Hujan telah dipilih antara selebriti yang akan menghiburkan peminat menerusi Minggu Muzik Malaysia 2019 (MMM) yang akan diadakan pada September ini.

MMM yang bakal dianjurkan selama seminggu dengan edisi sulungnya akan diadakan di Kuala Lumpur bermula dari 9 hingga 15 September depan.

Menariknya, MMM menyediakan platform untuk menghubungkan orang ramai, jenama dan perniagaan dengan tujuan untuk mewujdukan sokongan yang kukuh antara satu sama lain menerusi muzik.

Pengurus Penganjur MMM 2019, Sylvester Fan berkata MMM merupakan sokongan terhadap jenama-jenama tempatan yang mana untuk meningkatkan hasil jualan mereka sebanyak RM50 juta setahun.

“Walaupun tiket konsert boleh dibeli, peminat juga digalakkan untuk membeli produk-produk daripada rakan kongsi kami dan pembeli dengan perbelanjaan tertinggi akan diberikan tiket konsert, dua juta mata AirAsia Big dan hadiah-hadiah yang lain.

“Sasaran kami pada tahun ini adalah untuk membantu jenama-jenama rakan kongsi kami untuk meningkatkan hasil jualan sebanyak RM50 juta,” katanya pada majlis sidang media yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

MMM 2019 mendapat sokongan penuh dari Kementerian Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan, Malaysia Retail Chain Association (MRCA), Branding Association of Malaysia, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Malaysia Books of Records dengan kerjasama AirAsia Big, Travel360.com, Fave dan Potboy.

Selain Faizal Tahir, Ella dan Hujan, konsert tersebut yang akan berlangsung di Bukit Bintang itu turut akan dihiburkan oleh barisan selebriti seperti Rabbit Mac, Fuying & Sam, Priscilla Abby dan Dennis Lau.

Untk maklumat lanjut mengenai MMM 2019, anda boleh layari laman web www.mmm2019.my serta akaun Instagram @minggumuzikmalaysia dan Facebook.com/Minggu-Muzik-Malaysia. – KopiPlanet.com

The post Faizal Tahir, Ella & Hujan Hiburkan Peminat Dalam Minggu Muzik Malaysia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.