Ads Top

D’Saji KL Titiwangsa Tampilkan 10 Penyanyi Nasyid Sempena Ramadan

Sempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, pelbagai promosi yang dilakukan untuk majlis berbuka puasa.

Tidak ketinggalan juga buat restoran D’Saji KL Titiwangsa yang turut menganjurkan promosi berbuka puasa dengan kelainan yang tersendiri bertempat di The Garden Palace.

Ketua Eksekutif Felda D’Saji Sdn. Bhd., Ahmad Zaki Abdullah berkata, ini merupakan kali ke-5 pihaknya menganjurkan majlis berbuka puasa sejak tahun 2015.

“Apa yang berbeza pada kali ini berbanding pada tahun-tahun sebelumnya adalah dengan mengenengahkan hidangan sajian tradisi nusantara secara buffet.

“Selain itu, sambil menikmati hidangan berbuka puasa pengunjung juga akan dihiburkan dengan penampilan 10 penyanyi nasyid. Menariknya, penyanyi nasyid ini juga akan menjadi imam solat terawih,” ujarnya.

Ujarnya, antara penyanyi nasyid tersebut seperti Damai (1-2 Ramadan), InTeam (3-7 Ramadan), Almanna (8-9 Ramadan), Raihan (10-12 Ramadan), Hijjaz (13-14 Ramadan), Fadzli (15-16 Ramadan), Rabbani (17-21 Ramadan), Soutul Amal (22 Ramadan) UNIC (23 Ramadan) dan Saujana (24-27 Ramadan).

Menurut Ahmad Zaki, harga untuk buffet Ramadan tersebut adalah RM79.00 (dewasa) dan RM36.00 (kanak-kanak). Malah, pengunjung yang membuat tempahan awal (early bird) sebelum 30 April juga bakal menikmati diskaun dengan perlu membayar RM69 sahaja.

Untuk sebarang tempahan bolehlah menghubungi talian 03-4021 0098 (pejabat), 019-2777792 (Nabilla), 014-277 6323 (Azimah) atau 013-389 6811 (Izuddin). – KopiPlanet.com

The post D’Saji KL Titiwangsa Tampilkan 10 Penyanyi Nasyid Sempena Ramadan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.