Ads Top

Best Sangat Ke Huawei Nova 4e Ni? Ini 4 Perkara Menarik Yang Korang Perlu Tahu

Sekarang ni kita dah masuk ke bulan 4 dalam tahun 2019 dan kalau korang tengok pasaran telefon pintar, bermacam-macam jenis model dilancarkan.

Model-model yang dibawa masuk pula datang dengan pelbagai ciri, ada yang fokus kamera, ada yang fokus permainan. Macam-macamlah. Kita sebagai pembeli pula yang pening kepala, lebih-lebih lagi orang muda yang banyak main media sosial dan main game. Phone mana yang best.

Salah satu telefon yang diperkenalkan untuk pasaran baru-baru ini adalah Huawei Nova 4e yang juga dikenali sebagai Huawei P30 Lite dekat beberapa negara lain. Mungkin ada yang tengah pertimbangkan model Huawei Nova 4e ni, mungkin ada yang tengah ragu-ragu nak beli ke tak. Jadi untuk memberi gambaran lebih dekat, ini 4 perkara yang menarik tentang Huawei Nova 4e, penawaran terbaru dari Huawei untuk pembeli tempatan.

1. Umpama “Bintang” yang lahir untuk menyinari hidup “Baru” anda

Apahal tiba-tiba bintang? Sabar. Kalau korang nak tahu, Nova ni dalam Latin bermaksud “baru” dan satu lagi maksud adalah “bintang”. Siri Nova memang terkenal dengan penawaran yang bagi fokus dekat golongan muda yang mahu tampil menyinar seiring gaya hidup masa kini.

Kalau dilihat dari segi luaran, telefon ni ringkas, kemas dan sedap dipegang. Ada tiga warna yang korang boleh pilih macam Midnight Black, warna kesukaan ramai orang. Bagi yang mahu kelihatan premium dan elegan, ada warna Pearl White dan korang yang suka warna-warna meriah boleh pilih Peacock Blue. Bila kena pantulan cahaya, ada corak menarik yang akan kelihatan.

Pada skrin paparan bersaiz 6.15 inci pula terdapat takuk dewdrop, kecil je, takdelah rasa terganggu sangat bila nak tonton video dan lain-lain. Benci takuk? Ada fungsi untuk sembunyikannya, buat apa nak pening-pening.

Bagi korang yang pakai dua nombor telefon, Huawei Nova 4e boleh disumbat dengan dua kad sim. Butang kuasa dan pelaras kelantangan bunyi berada pada bahagian yang mudah dicapai ibu jari. Mudah dicapai tak kira guna tangan kiri atau kanan.

Ingat tak dulu-dulu ada orang letak video jadi ringtone? Sekarang ni, korang boleh lakukannya pada Huawei Nova 4e menggunakan fungsi AI Video Ringtone. Walaupun bos korang yang garang tu call, sekurang-kurangnya terhibur la sikit bila ada video ringtone ni.

2. Tiga kamera belakang dan satu kamera selfie 32MP

Zaman sekarang ni, tak kira yang tua sampailah ke muda mesti ada gunakan aplikasi media sosial. Bila guna media sosial ni, mesti kita nak kongsikan gambar cantik-cantik pada keluarga dan kenalan lain. Faham dengan situasi tu, Huawei menyediakan Nova 4e dengan tiga lensa kamera. Sensor utama guna 24MP, 8MP untuk rakaman pada sudut lebar dan satu lagi sensor 2MP untuk mod potret. Mod potret? ala yang kabur belakang tu.

Rakaman potret dari Huawei Nova 4e boleh dikatakan baik dan setara dengan kualiti telefon kelas pertengahan yang lain. Kalau nak amik gambar pemandangan luas, korang dah tak payah susah-susah nak ubah kedudukan, sebabnya kamera Huawei Nova 4e ni boleh rakam gambar sehingga sudut 120 darjah.

Aplikasi kamera turut mendapat sokongan AI dimana kamera depan boleh kenal pasti 8 kategori secara masa sebenar dan kamera belakang boleh kesan 22 kategori berbeza. Contohnya korang ambil gambar bangunan, tetapan warna, cahaya dan kontras akan diubah secara automatik supaya sesuai dengan suasana yang diambil.

Korang suka selfie kan? Tak payah tipu la. Kebanyakkan daripada kita memang suka selfie dan pada telefon ini, ia dilengkapkan dengan kamera swafoto 32MP dengan sokongan ciri AI Beautification. Sesuai untuk korang yang mahu kelihatan lebih flawless ketika bergambar. Confident la sikit nak kongsikan dekat media sosial kan? Kalau kurang gemar, korang boleh je matikan fungsi AI tersebut.

Hasil kamera depan ni berikan gambar dengan ketajaman serta kejelasan yang bagus. Warnanya cantik, lebih-lebih lagi pada rakaman pada pencahayaan yang baik. Senang cerita, lepas ambil gambar boleh masuk dalam Instagram terus. Tak payah dah susah-susah nak edit bagai.

3. Spesifikasi dipadankan dengan sistem operasi yang lancar menjalankan tugas

Huawei Nova 4e ni telefon kelas pertengahan tapi tak bermaksud ia lemah dan tak mampu bagi prestasi yang terbaik. Ia dilengkapkan dengan cip Kirin 710, RAM sebesar 6GB dan untuk simpanan segala data korang, memori 128GB disediakan. Rasanya dah cukup dengan kegunaan seharian kita.

Bahagian sistem, Huawei Nova 4e menjalankan sistem operasi EMUI 9.0 berasaskan Android Pie 9. Gandingan komponen dalam dengan sistem operasi yang dibangunkan Huawei ni beraksi baik. Buka dan tukar antara aplikasi boleh dibuat tanpa tersangkut-sangkut. Menjana telefon dari dalam, ia dibekalkan dengan bateri berkapasiti 3340mAh. Mungkin ada yang rasa kecil, tapi screen on time Huawei Nova 4e boleh cecah 5-6 jam.

Untuk pengecasan, Huawei Nova 4e menyokong pengecasan pantas 18W dan ambil masa lebih kurang satu jam setengah. Paling penting, telefon ni gunakan port pengecasan USB-C, takde lagi masalah berpusing-pusing kabel masa nak cucuk masuk tu.

4. Bukan sekadar pandai ambil gambar yang baik, malah beri kepuasan untuk kaki game

Jika diteliti perkara-perkara yang disebutkan diatas, Huawei Nova 4e nampak macam lebih terarah untuk golongan muda yang gemarkan ambil gambar je kan? Tapi ramai juga golongan muda yang suka bermain aplikasi permainan. Dengan itu, teknologi GPU Turbo 2.0 didatangkan untuk membantu korang bermain dengan lebih lancar. Prestasi yang efisien diberikan tanpa mengira status anda sebagai kaki game tegar atau yang hanya sekadar memenuhkan masa senggang.

Huawei Nova 4e dijual pada harga RM 1199 dan berada pada pasaran kelas pertengahan, ia memberikan persaingan sengit kepada beberapa model lain.

Jika anda rasakan Huawei Nova 4e ini bertepatan dengan ciri yang dimahukan serta berada dalam lingkungan bajet kewangan korang, bolehlah dapatkannya di Huawei Experiences Store seluruh negara, atau beli secara online dari Huawei Online Store.

Tunggu apa lagi? Boleh dah telefon skrin retak korang tu ditukar dengan “Bintang” baru dari Huawei ini.


The post Best Sangat Ke Huawei Nova 4e Ni? Ini 4 Perkara Menarik Yang Korang Perlu Tahu appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.