5 Makanan Ini Mampu Meningkatkan ‘Mood’ Anda
Kehidupan yang gembira sering dikaitkan dengan cara hidup yang sihat. Kegembiraan hadir bukan hanya ketika fikiran kita tidak disesakkan dengan masalah, malah apa yang dimakan juga sebenarnya dapat mempengaruhi rasa gembira. Berikut lima makanan yang dapat mempengaruhi ‘mood’ anda dan mendatangkan perasaan gembira.
#1- Teh Hijau
The hijau bukan lagi satu minuman yang asing di Malaysia. Malah penyediaannya telah dipelbagaikan. Satu kajian telah dilakukan di Jepun, kepada lebih 40 ribu orang berkaitan pengambilan teh hijau.
Hasil kajian mendapati kadar stres adalah 20 peratus lebih rendah bagi mereka yang minum teh hijau empat hingga lima cawan sehari berbanding mereka yang minum kurang daripada satu cawan sehari. Perlu diingati, teh hijau yang dimaksudkan adalah teh hijau yang asli dan bukan yang dicampur dengan pelbagai bahan lain.
#2- Cendawan
Cendawan biasanya diguna dalam masakan dan juga dijadikan sup untuk sarapan. Jika anda mahu tahu, cendawan juga kaya dengan Vitamin D. Dalam kajian yang dilakukan ke atas kelompok yang mengalami depresi disebabkan perubahan musim di luar negara, pengambilan Vitamin D mampu menaikkan ‘mood’. Selain itu, cendawan juga kaya dengan selenium.
Apakah itu Selenium? Ia mineral yang diperlukan sedikit oleh badan untuk membantu badan menghasilkan enzim antioksida yang bertindak melindungi sel. Selain itu di negara barat, kajian tentang cendawan mendapati
#3- Coklat Gelap
Sebut perkataan coklat sahaja pasti ramai yang telah tersenyum. Coklat mempunyai kandungan antioksida yang mampu merangsang permukaan salur darah dalam badan anda menjadi relaks serta menurunkan tekanan darah. Coklat gelap juga mempunyai magnesium yang terbukti mampu meredakan symptom Sindrom PraMenstruasi (Premenstrual Syndrome) seperti keletihan, tekanan dan terganggu.
#4- Kopi
Kopi sudah diambil sebagai minuman sejak beratus tahun yang lalu. Kopi mampu meningkatkan tenaga dan prestasi, serta mendatangkan perasaan tenang dan gembira. Apa rahsia di sebalik hal ini? Kopi sebenarnya mempunyai bahan yang mampu merangsang pengeluaran ‘neurotransmitter’ iaitu dopamin. Hormon ini lah yang bertanggungjawab untuk menghasilkan rasa gembira.
#5- Buah Dan Sayuran
Kajian mendapati bahawa pengambilan buah dan sayuran yang banyak dalam makanan dapat menambahkan tenaga, rasa tenang, dan rasa gembira – bukan hanya pada hari hidangan tersebut diambil , malah pada hari seterusnya. Dalam satu kajian lain, yang melibatkan 80 ribu orang dewasa, mereka yang makan banyak sayur dan buah dapat memberi kesan kepada kesihatan mental.
Kesimpulannya, makanan juga memainkan peranan yang beasar dalam mempengaruhi ‘mood’ dan juga keadaan badan kita. Maka, tidak dapat tidak apabila bercakap tentang kesihatan mental, aspek pemakanan yang sihat juga perlu diambil berat.
No comments: