Sharnaaz Ahmad Buka Mulut Mengenai Perpisahan Awi Rafael Dan Atikah Suhaime
Sharnaaz Ahmad menerusi laman Twitter memuatnaik kata-kata semangat buat Awi Rafael dan Atikah Suhaime ekoran majlis yang sepatutnya berlangsung Ahad ini dibatalkan secara mengejut.
Ulas pelakon lelaki ini, perancangan Allah lebih halus dan teliti, sebagai manusia kita harus reda dengan ketentuan.
“Buat awi dan atikah, harap bersabar dgn dugaan Allah ini.. perancangan Allah lebih halus dan teliti.. semoga awak berdua sentiasa dalam lindungan Allah.. jodoh perpisahan kematian sudah ditulis sahabat.. ujian buat kalian, redha dgn ketentuan Allah.”
Netizen turut bersimpati dan menyatakan adalah lebih baik perpisahan dilakukan sebelum mengikat tali pernikahan.
Suami kepada Noor Nabila ini kerap kali berkongsi kata-kata duka seolah-olah membayangkan apa yang sedang berlaku dalam rumahtangga.
Foto – Instagram Sharnaaz Ahmad Sumber : mediahiburan
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaimie, Awi Rafael Tak Jadi Kahwin
Selepas setahun mengikat tali pertunangan, majlis perkahwinan Atikah Suhaimie dan Awi Rafael yang sepatutnya berlangsung Ahad ini, 17 Mac 2019 tidak akan menjadi kenyataan apabila dibatalkan pada saat akhir.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Atikah dan Awi sendiri menerusi akaun Instagram mereka. Atikah memberitahu dia dan Awi sudah pun bekerja keras namun mungkin tidak kuat berjuang untuk cinta mereka.
Kata Atikah lagi, dia berharap hubungan baik antara mereka akan kekal dan turut berterima kasih kepada Awi kerana menjaganya dengan baik sepanjang bergelar tunangnya.
Dalam pada itu, Awi menerusi Instagram memaklumkan dia sudah melakukan yang terbaik namun mungkin tiada jodoh di antara mereka. Ujarnya lagi, terlalu berat dugaan kali ini kerana majlis yang sepatutnya berlangsung Ahad ini sudah pun bersiap sedia.
Awi dalam kenyataan berterima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokongnya dan meminta agar tetap memberikan sokongan kepada Atikah.
“Kepada rakan-rakan media, terima kasih kerana selalu memberi sokongan kepada Awi dan kesianlah dia. Tetap berikan sokongan kepada dia, seperti yang kami semua dapat lihat sejak kami bertunang. Namun untuk Awi, Awi dan keluarga tarik diri. Awi minta maaf, salam,” tulisnya.
Diharap Atikah dan Awi tabah menghadapi ujian ini. Sayang dengan hubungan yang telah terbina, namun itulah yang dinamakan jodoh. Atikah Suhaimie dan Awi Rafael mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu.
sumber memorikini
Kredit:OtakBulu
No comments: