Patut Tak Galakkan Guru-guru Datang Sekolah Semasa Cuti. Guru Besar ‘Kantoi’ Dengan Guru Penolong kanan Yg Kebetulan Hadir Ke Pejabat Atas Urusan, Rupanya Ini Yg Dilakukannya
Musim cuti persekolahan sudah pun hampir dihujungnya. Selepas cuti bermula pada Isnin lepas, nampaknya para pelajar sekolah akan mula bersekolah pada hari Isnin minggu hadapan. Sudah pasti masing-masing kembali bersemangat selepas seminggu berehat.
Guru besar cat sekolah
Hal ini turut sama dengan para guru yang mengajar di sekolah. Pelbagai aktiviti sudah dilakukan semasa bercuti. Mungkin ada yang melancong ataupun sekadar berehat dirumah. Namun begitu, berbeza dengan seorang guru besar di SK Methodist Telok Datok Banting Selangor iaitu Zulfikri Abu Samian yang menghabiskan cutinya dengan mengecat pagar sekolah.
Gambarnya yang sedang mengecat berseorangan telah tular di media sosial apabila dimuat naik ke Kumpulan Guru Malaysia dan mendapat banyak maklum balas.
Buat kerja sama-sama
Namun begitu, menerusi sumber, Zulfikri yang sedang duduk ditengah terik mentari sambil mengecat pagar sekolah tidaklah berseorangan. Dia melakukan kerja-kerja mencantik dan memperkemas kawasan sekolah bersama-sama dengan beberapa kakitangan pembersihan sekolah dan staf pentadbiran.
Tambahnya lagi, gambar tersebut diambil oleh guru penolong kanannya yang kebetulan hadir ke pejabat kerana ada urusan. Dia turut menegaskan bahawa semasa cuti sekolah Zulfikri tidak menggalakkan guru-guru untuk hadir semasa sedang bercuti
KOmen Netizen Yang Lain:
Fami Othman mohon gb dan pengetua sek lain dalam malaysia mbik pedoman….tahniah..cikgu….jgn jd macam sesetengah cikgu lain…baru jd guru check paper exam dalam malaysia ni dah sembang tinggi kalah pegawai PPD…..tahniah cikgu….moga guru besar ini murah rezeki dan sentiasa diberkati Allah dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan in shaa Allah…
Raden Norie Ibrahim bekerjalah kerana ALLAH dan bukan hanya kerana kita dibayar gaji…dan jika kerja yang kita lakukan lebih dan tak setimpal dengan gaji yang kita dapat, nanti ALLAH akan bagi ganjarannya….
Sumber : Sinar Harian, GPS Bistari
No comments: