Ads Top

Muzik Sebagai Terapi Untuk Mangsa Perang Di Yaman

Semenjak perang tercetus di Yaman, keadaan geografi, sosioekonomi dan juga kehidupan secara umumnya di Yaman sudah banyak berubah. Ribuan orang terkorban dan hilang tempat tinggal. Malah wujud juga masalah kebuluran dan juga anak-anak yang hilang upaya kerana terkena letupan periuk api yang ditanam di kawasan bergolak.

Di satu daerah di Taez, Yaman, sebuah sekolah yang dinamakan An Nawares telah memperkenalkan muzik sebagai silibus kokurikulum utama bagi membantu memulihkan emosi kanak-kanak yang terkesan dengan peperangan yang meletus.

Menurut pengetua sekolah tersebut, Shehabeddine al-Sharabi, apabila perang tercetus antara pihak Houthi dan juga kerajaan Yaman yang dibantu oleh kerajaan Arab Saudi, sekolah tersebut ditutup daripada tahun 2015 hingga 2016.

Apabila sekolah dibuka semula, bangunan tiga tingkat itu masih lagi dalam keadaan teruk dengan dinding penuh dengan kesan lubang peluru. Menurut Shehabeddine lagi, keadaan psikologi kanak-kanak juga sangat sukar ketika itu, maka muzik diperkenalkan bagi membantu mereka untuk kembali ceria menjalani pembelajaran di sekolah.

Pengetua universiti di daerah Mokha telah mencadangkan penggunaan muzik untuk membantu merawat emosi mereka. Malah alatan muzik dipinjamkan secara percuma kepada sekolah tersebut.

Muzik telah digunakan sebagai terapi di seluruh dunia untuk membantu golongan yang melalui pengalaman teruk untuk pulih daripada trauma yang dialami.




No comments:

Powered by Blogger.