Ads Top

Mawi Belanja Tiket Wayang RM1 Kepada Penonton Bertuah

Pelakon dan pengarah, Asmawi Ani atau Mawi mempunyai cara yang tersendiri bagi mempromosikan filem sulung arahannya, Tiada Tajuk yang bakal ditayangkan pada 4 April ini.

Menurut Mawi, dia sememangnya sudah lama menyimpan sekiranya filemnya ini ditayangkan kelak, dia ingin membelanjakan tiket wayang penonton bertuah yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM1 bagi satu tiket wayang.

“Saya memang sudah lama simpsan impian dan berniat memberi balik kepada peminat-peminat yang telah menyokong saya selama ini. Sehubungan itu, saya ambil keputusan untuk belanja tiket wayang sebanyak RM1 kepada penonton bertuah.

“Mungkin saya akan pergi ke mana-mana pawagam secara mengejut dan dari situ saya akan belanja tiket wayang yang mana mereka hanya perlu bayar RM1 manakala harga selebihnya saya yang akan bayar,” katanya kepada KopiPlanet.com

Mawi ditemui pada malam gala tayangan filem Tiada Tajuk yang berlangsung di MM2 Cineplex, Damansara baru-baru ini.

Tiada Tajuk yang diterbitkan Mawi World Entertainment akan ditayangkan di 100 pawagam seluruh negara termasuk di Singapura dan Brunei.

Enggan berkongsikan kos penerbitan Tiada Tajuk, Mawi cuma meletakkan harapan agar penonton dapat melihat mesej serta pengajaran yang disellitkan menerusi karya bergenre komedi Islamik.

“Saya buat filem ini bukanlah untuk mengajar atau berdakwah sebaliknya kalau penonton dapat lihat mesej yang cuba disampaikan dan ia berkesan, Alhamdulillah.

“Saya juga tidak perli sesiapa dalam filem ini. Saya buat filem ini dengan tujuan untuk berkongsi apa yang saya sudah lalui sepanjang bergelar anak seni sejak 14 tahun lalu,” katanya.

Filem berdurasi satu setengah jam itu membariskan Joey Daud, Hazama, Along Cham, Ropie, Amira Othman, Kamarol Hj Yusof dan Mawi.

Tiada Tajuk yang mengisahkan perjalanan tiga pemuda, Abadi, Rumi dan Kuswadi dalam mencapai impian mereka bergelar penyanyi. Dapatkah mereka merealisasikan impian itu? Sama-sama nantikan di pawagam pada 4 April ini! – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.